Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hanya 2 pelawat dibenar rentas sempadan S'pura-M'sia bagi perjalanan belas ihsan

Mereka yang memohon untuk merentas sempadan Singapura-Malaysia atas sebab-sebab belas ihsan akan dihadkan kepada dua pengunjung setiap kes.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 May 2021 06:13PM Dikemas Kini : 11 May 2021 12:39AM

SINGAPURA: Mereka yang memohon untuk merentas sempadan Singapura-Malaysia atas sebab-sebab belas ihsan akan dihadkan kepada dua pengunjung setiap kes.

Ia merupakan sebahagian daripada aturan baru perjalanan yang akan dilancarkan minggu depan, bermula 17 Mei, atas sebab-sebab kecemasan seperti kematian atau sakit tenat.

Permohonan untuk aturan baru itu kini dibuka di laman imigresen kedua-dua negara.

Hanya anggota keluarga terdekat boleh memohon untuk melakukan perjalanan atas sebab kecemasan seperti kematian atau sakit tenat.

Mereka masih perlu menjalani ujian COVID-19 setibanya di Singapura atau Malaysia tetapi akan dibenarkan meninggalkan kemudahan kuarantin untuk melawat para anggota keluarga.

Di Singapura, para pegawai akan memudahkan urusan bagi "lawatan jangka pendek dan selamat". Permohonan juga akan dilanjutkan kepada para pelawat dari negara-negara serantau yang lain.

Di Malaysia, para pengunjung dari Singapura akan dibenarkan melakukan lawatan satu kali itu selama tiga jam sahaja ke destinasi mereka.

Mereka akan diiringi Pasukan Pertahanan Awam dan kembali segera ke Singapura selepas itu.

Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan