Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hanya 12 daripada 34 subjek dengan kerja kursus akan dinilai

Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) menyatakan hanya 12 daripada 34 subjek dengan komponen kerja kursus akan dinilai.

Anggaran Waktu Membaca:
Hanya 12 daripada 34 subjek dengan kerja kursus akan dinilai

Gambar fail pelajar menengah gunakan peranti digital dalam bilik darjah (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 06 May 2020 02:43PM Dikemas Kini : 06 May 2020 02:46PM

SINGAPURA: Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) menyatakan hanya 12 daripada 34 subjek dengan komponen kerja kursus akan dinilai.

Ini termasuk Makanan dan Pemakanan Peringkat N(A), Reka Bentuk dan Teknologi Peringkat (O) dan Pengajian Teater dan Drama Peringkat (A).

Ini selepas para pelajar beralih ke pembelajaran di rumah (HBL) di tengah-tengah penularan wabak COVID-19.

Sebelum ini, syarat-syarat sudahpun diubah suai bagi dua subjek dengan komponen kerja kursus iaitu Muzik Peringkat N(T) dan Senaman dan Sains Sukan Peringkat (O).

Menurut SEAB, langkah tersebut bermatlamat untuk mengurangkan tekanan terhadap para pelajar dan guru tanpa menjejas kesahan penilaian yang dijalankan.

Dengan penguatkuasaan langkah-langkah 'circuit breaker' seperti mempercepatkan cuti sekolah pertengahan tahun, ia akan membawa
kesan pada tarikh akhir kerja kursus yang pada awalnya dijadualkan pada lewat Julai atau awal Ogos.

Guru-guru juga boleh memberikan tumpuan kepada usaha mempersiapkan para pelajar untuk peperiksaan apabila sekolah dibuka semula, menurut SEAB, sambil menambah bahawa pihaknya turut menimbangkan sama ada para pelajar memerlukan akses kepada kemudahan atau atau peralatan khas, atau sama ada mereka perlu melakukan tugas secara berkumpulan, sebelum membuat sebarang keputusan.

Sumber : CNA/AY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan