Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hanya 1 daripada 3 responden ditinjau kata syarikat beritahu tentang dasar diskriminasi tempat kerja

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Mar 2022 08:20PM Dikemas Kini : 03 Mar 2022 09:54PM

SINGAPURA: Satu tinjauan mendapati hanya seorang daripada setiap tiga pekerja sudah dimaklumkan pihak majikan tentang dasar-dasar terhadap diskriminasi jantina di tempat kerja.

Pergerakan buruh NTUC sedang berusaha untuk mengubah keadaan itu.

NTUC akan bekerjasama dengan 22 syarikat kecil dan sederhana (SME) untuk mengadakan dasar dan saluran perhubungan yang jelas mengenai isu berkenaan.

Ia bagi membantu mewujudkan tempat kerja yang lebih selamat daripada gangguan dan diskriminasi.

NTUC berharap dapat menyertakan lagi 60 SME menjelang hujung tahun 2022.

Tinjauan itu juga mendapati 20 peratus pekerja wanita merasakan bahawa syarikat mereka lebih memilih calon lelaki dalam pengambilan pekerja.

Ini berbanding 10 peratus lelaki yang merasakan calon wanita lebih mudah mendapat pekerjaan.

Hanya sekitar separuh daripada lebih 3,000 responden sanggup membuat aduan tentang insiden diskriminasi jantina. Antara sebab utamanya adalah mereka takut kehilangan pekerjaan atau tidak tahu bagaimana hendak membuat laporan.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan