Skip to main content

Singapura

Hanya 1 bidaan diterima bagi projek kampung jagaan demensia pertama di S'pura

Tiada tender diberikan bagi apa yang mungkin adalah kampung jagaan demensia pertama di Singapura, selepas hanya satu bidaan diterima bagi tender tersebut, menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Selasa (19 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Hanya 1 bidaan diterima bagi projek kampung jagaan demensia pertama di S'pura

(Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 19 May 2020 12:50PM Dikemas Kini : 19 May 2020 12:54PM

SINGAPURA: Tiada tender diberikan bagi apa yang mungkin adalah kampung jagaan demensia pertama di Singapura, selepas hanya satu bidaan diterima bagi tender tersebut, menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Selasa (19 Mei).

Satu-satunya bidaan pada harga S$15 juta bagi tapak berdekatan Sembawang Park itu dianggap terlalu rendah, menyebabkan ia ditolak, menurut URA bagi pihak Kementerian Kesihatan (MOH).

Tawaran yang ditolak - iaitu pada harga S$1,392.72 bagi setiap meter persegi - bagi tapak Gibraltar Crescent ditawarkan oleh Pre 11 and Orpea Singapore.

Tender bagi tempoh pegangan pajakan 30 tahun untuk tapak itu ditutup pada 15 Jan tahun ini.

Pihak berkuasa menyatakan Pemerintah akan terus menyemak pilihan sedia ada untuk golongan warga emas meniti usia senja dengan baik dalam pilihan penginapan yang diperuntukkan bagi pesakit demensia, dan Pemerintah sedang mengadakan rundingan dengan sektor awam dan swasta.

Penjualan tapak itu dilancarkan pada Julai tahun lalu bagi merintis konsep perumahan jagaan masyarakat untuk pelbagai peringkat pesakit demensia.

"Salah satu matlamat tender ini adalah untuk mendapatkan idea daripada sektor swasta untuk membangunkan pilihan jagaan baru bagi para pesakit demensia menjalani penuaan," menurut pihak berkuasa dalam kenyataan medianya.

Tapak itu akan direka khas bagi menyediakan persekitaran yang selamat dan seperti rumah di mana para penghuni akan dibantu untuk hidup berdikari, menurut pihak berkuasa semasa pelancaran tapak itu.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita