Hampir separuh daripada 30,000 flat di Tengah dijangka siap jelang akhir 2025
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Hampir 12,000 flat HDB sudah dibina di estet Tengah sejauh ini, dengan hampir separuh daripada 30,000 flat yang dirancangkan dijangka selesai dibina menjelang hujung tahun ini.
Menteri Pembangunan Negara Chee Hong Tat berkata lapan khidmat bas baharu juga akan diperkenalkan di estet Tengah menjelang hujung tahun depan.
Khidmat-khidmat bas tersebut akan menghubung bandar baharu itu ke kawasan-kawasan lain Singapura.
Ini semua sebahagian daripada rancangan pembangunan Tengah.
"Beberapa kemudahan utama sudah dibangunkan dan kami akan membina lebih banyak sekolah, tempat-tempat ibadat dan kemudahan jagaan kesihatan.
"Keluarga-keluarga dengan anak kecil boleh menjangkakan tujuh prasekolah di daerah Plantation dan Garden yang sudah pun dibuka.
"Bagi menyatukan masyarakat lebih luas di Tengah, Kelab Masyarakat Tengah yang baru dibuka menawarkan pelbagai jenis bengkel dan acara bagi para penduduk daripada semua peringkat usia," kata Menteri Pembangunan Negara Chee Hong Tat.
Encik Chee memberi kemas kini tersebut semasa merasmikan pembukaan Plantation Plaza, iaitu pusat kejiranan pertama di Tengah.
Pusat kejiranan yang keduanya, Parc Point, akan mula beroperasi mulai suku pertama tahun depan.
Lebih 6,000 pembeli rumah sudah memberikan maklum balas mereka menerusi tinjauan dan semua itu membantu membentuk pembangunan bandar Tengah ini.
Mereka mengalu-alukan rancangan membina laluan berbumbung dan laluan berbasikal.
Di acara yang sama, lebih 2,000 penduduk, sukarelawan, sekolah dan kumpulan masyarakat menerima pengiktirafan atas usaha masing-masing dalam membina kawasan kejiranan yang inklusif dan bersemangat di merata Singapura.

Sumber : CNA/HZ/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.