Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hampir separuh belia ditinjau lapor keadaan COVID-19 burukkan lagi kesejahteraan mental: NYC

Hampir separuh daripada belia yang ditinjau Majlis Belia Kebangsaan (NYC) berkata keadaan COVID-19 memburukkan lagi kesejahteraan mental mereka.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 18 Jul 2020 06:14PM Dikemas Kini : 18 Jul 2020 09:05PM

SINGAPURA: Hampir separuh daripada belia yang ditinjau Majlis Belia Kebangsaan (NYC) berkata keadaan COVID-19 memburukkan lagi kesejahteraan mental mereka.

Keadaan masa depan yang tidak pasti serta soal kewangan dan peluang pekerjaan adalah antara isu-isu yang menjadi keprihatinan utama mereka.

Dapatan tinjauan itu didedahkan oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Desmond Lee di majlis pelancaran dana sokongan bantuan kesihatan mental untuk golongan belia.

Dana Musim Mas BlueStar* berjumlah $1 juta itu akan disalurkan kepada badan-badan bukan pemerintah dan akan melengkapi program-program yang sedia ada.

Ia antara lain akan digunakan untuk penyelidikan, inisiatif kesedaran masyarakat, rawatan dan pendidikan kesihatan mental.

Sebahagian wang itu akan juga digunakan untuk program yang dipelopori golongan belia.

Encik Lee menarik perhatian bahawa ramai belia kini mengambil berat tentang isu masalah kesihatan mental.

Menurut beliau, golongan muda sekarang mungkin berdepan dengan cabaran kesejahteraan mental yang berbeza daripada yang dihadapi generasi sebelumnya.

Misalnya, ada yang berkaitan dengan media sosial.

Sumber : CNA/RR/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan