Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hampir semua orang berhutang, namun bilakah ia menjadi masalah?

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir semua orang berhutang, namun bilakah ia menjadi masalah?

(Gambar: iStock/Tero Vesalainen)

SINGAPURA: Lumrahnya kita dididik jangan berhutang. Namun, di Singapura, sudah menjadi satu perkara biasa untuk berhutang - sama ada untuk tujuan pendidikan, pinjaman gadai janji, bil kad kredit ataupun bayaran ansuran.

Bagaimanapun, hutang sedemikian boleh berubah menjadi masalah jika ia tidak diuruskan dengan baik.

Cik Tan Huey Min, pengurus besar Credit Counseling Singapore, berkongsi dalam podcast CNA Money Talks tentang bagaimana orang ramai terjerumus dalam kancah hutang yang serius, apa akan terjadi jika wang tidak dikembalikan serta bagaimana untuk membantu anda sendiri atau orang yang berhutang.

BILAKAH HUTANG MENJADI MASALAH?

Salah satu tanda yang menunjukkan hutang menjadi masalah adalah apabila anda menggunakan kredit untuk membayar perbelanjaan seharian sehingga dapat gaji seterusnya, kata Cik Tan.

Beliau menambah satu lagi tanda jelas ialah jumlah tertunggak yang perlu dibayar semakin menimbun.

Apabila pemiutang mengambil tindakan undang-undang disebabkan lewat bayar atau tidak bayar dengan penuh, ia adalah tanda yang paling serius, tambah beliau.

SIAPA YANG BERHUTANG?

Semua lapisan masyarakat, kata Cik Tan.

Firma beliau menerima pelanggan yang memerlukan bantuan menghuraikan masalah hutang mereka tanpa mengira kelayakan pendidikan kata beliau.

Antara pelanggan beliau adalah mereka yang berhutang meskipun menerima gaji kurang S$2,000 sebulan, kata beliau.

Sebilangan besar pelanggan firma itu, iaitu 60 hingga 70 peratus adalah lelaki, katanya.

Jumlah hutang paling besar pula melibatkan S$1 juta atau S$2 juta.

SEBAB BERDEPAN MASALAH HUTANG?

Bagi segelintir orang, ia kerana pendapatan mereka merosot dengan ketara disebabkan pekerjaan atau isu lain, tetapi komitmen kewangan mereka tetap sama.

Keadaan menjadi lebih parah, jika mereka yang hilang pekerjaan tidak ada simpanan, kata beliau.

Sebab lain termasuk belanja berlebihan, di luar kemampuan, kata beliau.

Bil perubatan yang meningkat secara tiba-tiba atau tanpa perlindungan insuran juga boleh menyebabkan masalah, tambah beliau.

Bagi sesetengah orang, atas baik budi mereka yang tidak bertempat mungkin menjadi punca masalah kewangan mereka.Ini termasuk berhutang untuk membantu teman dan anggota keluarga atau menjadi penjamin perinadi, kata Cik Tan lagi.

Namun, hutang paling besar yang ditanggung individu adalah melalui perjudian dan kerugian yang dialami dalam pelaburan, kata beliau.

APA YANG AKAN TERJADI JIKA SAYA TIDAK BAYAR HUTANG?

Pemiutang boleh mengeluarkan writ untuk merampas dan menjual harta benda anda.

Apabila peekara ini berlaku, seseorang yang dilantik oleh mahkamah akan pergi ke rumah peminjam dan menandakan barang yang akan dirampas.

Jika tiada bayaran dibuat, barangan itu akan dijual, kata beliau.

Tindakan lain yang mungkin diambil ialah untuk menyaman muflis individu berkenaan, katanya.

HARUSKAH SAYA ISYTIHARKAN MUFLIS?

Walaupun mengisytiharkan diri muflis adalah satu pilihan, Cik Tan berkata bahawa harus menjadi pilihan terakhir.

Ia seharusnya selepas anda mencari penyelesaian lain terlebih dahulu termasuk berbincang dengan pemiutang.

Beliau menarik perhatian bahawa laporan muflis boleh diketahui oleh orang awam. Walaupun selepas diisytiharkan muflis, individu itu masih perlu membayar sekurang-kurangnya sebahagian kecil daripada jumlah tersebut, katanya.

Mereka yang diisytiharkan muflis tidak boleh keluar negara tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu.

JENIS 'HUTANG' BAIK?

Pinjaman yang boleh menambah pendapatan atau modal.

Dalam kes pinjaman pendidikan, seorang individu boleh menerima pendapatan lebih tinggi selepas tamat pengajian, manakala pinjaman untuk pelaburan hartanah boleh menjana pendapatan sewa, kata beliau.

Namun, orang ramai harus berhati-hati tentang jumlah pinjaman yang diambil.

Salah satu cara untuk menilai jika pinjaman itu diperlukan adalah dengan mengambil kira tujuan pinjaman itu. Jika ia diperlukan dan perlu diambil ketika itu juga.

Ia juga berdasarkan kemampuan iaitu aliran tunai bulanan dan sama ada terdapat pilihan untuk mengambil pinjaman atau pelan ansuran.

KALAU SAYA CENDERUNG BERHUTANG?

Jika seseorang itu sering mengikut nafsu dalam membuat pembelian, beliau tidak harus memiliki kad kredit, kata Cik Tan.

"Jika anda tidak ada kad bersama anda, anda tidak boleh membeli barangan dan tidak ada wang tunai untuk membeli barang itu. Anda mungkin menggunakan wang simpanan anda untuk membuat bayaran kerana anda ada kad debit. Namun setidak-tidaknya anda tidak ada masalah hutang guna kad kredit," kata beliau.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan