Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hampir semua harga COE lebih rendah dalam bidaan terkini; premium motosikal terus naik

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir semua harga COE lebih rendah dalam bidaan terkini; premium motosikal terus naik

Gambar fail kereta di sebuah lebuh raya di Singapura. (Gambar: Jeremy Long/CNA)

SINGAPURA: Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup sebahagian besarnya lebih rendah dalam bidaan terkini pada Rabu (5 Okt), kecuali harga-harga bagi motosikal.

Premium COE bagi Kategori A, atau sehingga 1,600cc dan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, ditutup pada S$80,501, turun berbanding S$84,000 dalam bidaan lalu.

Sementara itu, premium bagi kereta lebih besar dan berkuasa lebih tinggi dalam Kategori B merosot kepada S$95,856 dari S$108,051.

Harga COE bagi Kategori Terbuka, yang boleh digunakan bagi semua jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar, merosot kepada S$105,001 dari S$107,201.

Premium motosikal, satu-satunya premium yang meningkat, ditutup pada S$11,751, sekali gus memecah rekod sebelumnya pada S$11,589 yang dicapai dalam bidaan lalu.

Manakala, COE buat Kategori C iaitu bagi kenderaan komersil termasuk kenderaan muatan dan bas, premium menjunam kepada S$65,991 dari S$67,001 dalam biadaan lalu.

Secara keseluruhannya, sebanyak 2,363 bidaan diterima dengan sebanyak 1,806 COE diperuntukkan.

Ini merupakan bidaan kelima di bawah kaedah pengiraan kuota COE setiap suku yang disemak semula, bertujuan untuk mengurangkan keadaan tidak menentu dalam bekalan COE.

Di bawah kaedah pengiraan yang disemak semula, bekalan COE akan berdasarkan purata pembatalan pendaftaran kenderaan dalam masa dua suku berbanding satu suku.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan