Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hampir semua bumbung Lapangan Terbang Changi dipasang panel suria jelang 2025

Menjelang awal 2025, Lapangan Terbang Changi akan memasang panel suria di hampir semua bumbung bangunannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir semua bumbung Lapangan Terbang Changi dipasang panel suria jelang 2025

(Gambar: Changi Airport Group)

Diterbitkan : 14 Feb 2024 05:59PM Dikemas Kini : 14 Feb 2024 06:55PM
SINGAPURA: Menjelang awal 2025, Lapangan Terbang Changi akan memasang panel suria di hampir semua bumbung bangunannya.

Apabila siap kelak, ia menjadi projek terbesar Singapura dari segi kapasiti, sekali gus membolehkan Changi Airport Group mengurangkan pelepasan gas karbon syarikat itu sebanyak kira-kira 20,000 tan setiap tahun, cukup untuk membekalkan tenaga kepada lebih 10,000 flat empat bilik HDB setahun.

Jumlah itu kira-kira 10 peratus daripada paras pelepasan karbon syarikat tersebut pada tahun 2019.

Projek panel suria di bumbung bangunan-bangunan Lapangan Terbang Changi itu akan direka, dibina, dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat Keppel Limited bagi tempoh 25 tahun akan datang.

Hampir semua panel suria itu akan dipasang di bangunan-bangunan terminal dan kargo serta landasan penerbangan.

Baki 11 peratus lagi akan dipasang di kawasan-kawasan pesawat berlepas dan mendarat iaitu buat pertama kalinya di Singapura.

Changi Airport Group mengatakan pemasangan sistem panel suria di lapangan terbang itu mempunyai cabaran-cabaran yang unik.

Antaranya, memastikan panel-panel itu tidak memantulkan cahaya yang menyilaukan mata juruterbang dan pengawal lalulintas udara.
Sumber : CNA/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan