Hampir S$3 juta dikumpul, bantu anggota kesatuan berpendapatan rendah
Hampir S$3,000,000 berjaya dikumpulkan bagi membantu para anggota kesatuan berpendapatan rendah menerusi acara berjalan kaki yang dianjurkan oleh gerakan buruh.
Sekitar 1,500 orang, termasuk para penderma korporat dan anggota kesatuan, menyertai Acara Berjalan Kaki Perpaduan SG60 pada Sabtu (6 Sep).
Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) menyasar untuk mengumpul sebanyak S$7 juta menjelang hujung tahun ini.
Dana itu akan digunakan untuk menyokong program-program, yang memberi manfaat kepada lebih 40,000 orang.
"Saya sebagai ibu tunggal mempunyai empat orang anak, ia banyak membantu saya dari segi kewangan untuk anak-anak saya bersekolah. Ia banyak membantu saya juga dalam segi perbelanjaan harian saya," kata seorang penerima bantuan Program Bantuan NTUC Care, Noor Raihan Hanapi.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng pula berkata gerakan buruh akan bertindak bagi menjaga kebajikan setiap pekerja agar mereka mempunyai kehidupan dan mata pencarian yang baik.
"Kami melihat ke hadapan, dalam zaman gangguan ini, bukan dengan kebimbangan, tetapi dengan kepimpinan, dengan kerjasama dengan rakan-rakan kongsi tiga pihak, untuk melakar hala tuju bagi masa hadapan, untuk merebut peluang yang diwujudkan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI)," kata Encik Ng.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.