Hampir 92% lulusan politeknik berhasil dapat kerja 6 bulan selepas tamat pengajian atau NS
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Sekitar 9 daripada 10 penuntut politeknik atau 91.8 peratus berhasil mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian atau menamatkan Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa pada 2022 berbanding 92.2 peratus pada 2021.
Tinjauan pekerjaan lulusan politeknik terkini yang dikeluarkan pada Jumaat (13 Jan) juga mendapati bahawa 59 peratus daripada mereka yang menyertai pasaran buruh bekerja sepenuh masa dan perangkaan itu meningkat daripada 58.1 peratus yang dicatatkan pada 2021.
Gaji bulanan kasar median bagi kumpulan lulusan ini meningkat dari S$2,500 pada 2021 kepada S$2,600 pada 2022 dan sebanyak S$2,400 pada 2020.
Mereka yang berkelulusan diploma dari kursus Sains Kesihatan, Teknologi Maklumat dan Digital serta Kejuruteraan menerima gaji bulanan kasar median lebih tinggi jika dibandingkan dengan median keseluruhan bagi kesemua lulusan politeknik, menurut tinjauan tersebut
Hasil tinjauan itu berdasarkan respons daripada seramai 8,406 lulusan baru pada 2022 dan 5,296 lulusan politeknik dari 2019 yang menamatkan Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa mereka antara 1 April 2021 dengan 31 Mac 2022.
KERJA BEBAS, SAMBILAN
Jumlah lulusan politeknik yang melakukan kerja bebas meningkat kepada 5.9 peratus, meneruskan trend dari 3.8 peratus yang dicatatkan pada 2020 dan 4.7 peratus pada 2021.
Mereka yang bekerja sambilan atau secara sementara, turun dari 29.4 peratus pada 2021 kepada 26.9 peratus pada 2022.
Jumlah mereka yang mendapat pekerjaan secara sendirian turun dari 27.6 peratus pada 2021 kepada 25.8 peratus pada 2022.
Manakala jumlah mereka yang mencari pekerjaan bukan secara sendirian juga merosot dari 1.8 peratus pada 2021 kepada 1.1 peratus pada 2022.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, hampir separuh daripada lulusan politeknik yang bekerja sambilan atau melakukan pekerjaan sementara sedang menuntut atau bersiap sedia untuk melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya.
Lebih sedikit daripada 8 peratus lulusan politeknik tidak bekerja selepas tempoh enam bulan berbanding 7.8 peratus pada tahun sebelumnya.
Daripada perangkaan itu, 2.2 peratus sama ada akan mula bekerja tidak lama lagi atau sedang memulakan perniagaan secara aktif. Mereka yang menganggur dan masih mencari pekerjaan membentuk 5.9 peratus daripada jumlah keseluruhan.
“Lulusan politeknik kita terus memainkan peranan penting dalam menambah permintaan tenaga kerja Singapura,” kata pengetua Politeknik Nanyang Jeanne Liew, yang berkata demikian bagi pihak jawatankuasa tinjauan pekerjaan lulusan politeknik.
“Kadar pengambilan pekerja yang sihat dan kenaikan gaji bulanan kasar median bagi lulusan baru dan mereka yang sudah menjalani Perkhidmatan Negara mencerminkan kepercayaan majikan terhadap para lulusan kita yang dilengkapi dengan kemahiran dan kecekapan yang diperlukan untuk berjaya di tempat kerja.”
Tinjauan tahunan itu dijalankan secara bersama oleh Politeknik Ngee Ann, Politeknik Singapura, Politeknik Nanyang, Politeknik Temasek dan Politeknik Republik.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.