Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Hampir 90%' warga SG terlibat kegiatan pengganasan berjaya kembali ke pangkuan masyarakat: PM Lee

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Daripada sekitar 140 warga Singapura yang ditangani atas kegiatan berkaitan dengan pengganasan sejak 2002, " hampir 90 peratus" sudah mencapai kemajuan baik dalam proses pemulihan mereka dan berjaya diintegrasikan semula ke dalam masyarakat.

Demikian menurut Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Kebanyakan daripada mereka sudah mendapat pekerjaan, dengan ada yang mengendalikan perniagaan mereka sendiri. Warga Singapura yang lebih muda pula sudah menyambung semula pengajian mereka.

Sekalipun demikian, beliau juga menyatakan sedang ancaman penggansan masih wujud dan "terus berubah kepada bentuk-bentuk baru", Singapura tidak mampu berpeluk tubuh.

Kumpulan Pengganas seperti ISIS masih aktif dan mempengaruhi pengikut di seluruh dunia untuk melancarkan serangan.

"Singapura dilihat sebagai sasaran berharga oleh kumpulan-kumpulan pengganas dan terus disebut dalam propaganda mereka," tambah PM Lee.

Sebelum ini, pihak berkuasa mendedahkan bahawa kebanyakan warga Singapura yang ditahan atas kegiatan berkaitan dengan pengganasan, berjaya kembali ke pangkuan masyarakat, tanpa memberi sebarang perangkaan.
PM Lee berkata demikian pada Rabu (3 Mei) semasa merasmikan Galeri Majulah Pusat Sumber dan Kaunseling (RCC) Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG). Galeri tersebut terletak di Masjid Khadijah di Geylang Road.

Ditubuhkan pada 2003, RRG terdiri daripada sekumpulan ulama dan guru Islam sukarela di Singapura. Matlamat kumpulan itu adalah untuk memulihkan anggota kumpulan pengganas Jemaah Islamiah yang ditahan, serta keluarga mereka, melalui kaunseling. Kumpulan tersebut juga berusaha untuk menentang salah tafsir Islam.

Galeri baru itu menampilkan maklumat mengenai peranan RRG dalam membanteras pengganasan dan ekstremis.
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan