Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hampir 90% responden sokong inisiatif galak amalan 'Bring Your Own'

Sebahagian besar responden dalam satu tinjauan baru menyokong inisiatif yang menggalak orang ramai untuk 'Bring Your Own' (BYO) yakni sebuah kempen di Singapura di mana pengguna membawa beg atau botol yang boleh digunakan semula.

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir 90% responden sokong inisiatif galak amalan 'Bring Your Own'

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 18 Apr 2019 10:37PM Dikemas Kini : 18 Apr 2019 10:39PM

SINGAPURA: Sebahagian besar responden dalam satu tinjauan baru menyokong inisiatif yang menggalak orang ramai untuk 'Bring Your Own' (BYO) yakni sebuah kempen di Singapura di mana pengguna membawa beg atau botol yang boleh digunakan semula.

Demikian menurut Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR) pada Khamis (18 Apr).

Hampir 90 peratus daripada 1,300 responden yang mengambil bahagian dalam tinjauan online tersebut bulan lalu menyokong inisiatif tersebut. Tinjauan itu dijalankan sebagai sebahagian daripada fasa terakhir rundingan mengenai Pelan Induk Sifar Sisa yang pertama.

Menurut Menteri Negara Kanan Kementerian Sekitaran dan Sumber Air, Dr Amy Khor, sebahagian besar responden juga menunjukkan sokongan kuat terhadap idea-idea untuk menjadikan proses menderma lebih mudah bagi makanan lebihan yang belum tamat tarikh luput, barangan elektronik kitar semula dan peralatan elektronik.

Ini di samping menyokong rekaan label maklumat kitar semula di tong-tong kitar semula berwarna biru.

"Kita perlu melihat bagaimana kita boleh melibatkan penduduk yang lebih luas. Malah sebenarnya, itulah sebabnya usaha kami akan menjangkaui sekadar rundingan online. Kami akan melakukan perbincangan kumpulan fokus dan sedang berusaha untuk melibatkan pelbagai pihak berkepentingan," Dr Khor memberitahu wartawan di luar acara perbincangan kumpulan fokus kendalian MEWR.

Kementerian tersebut sudah menetapkan 2019 sebagai Tahun Ke Arah Sifar Sisa Singapura, sebuah kempen yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang isu-isu sisa dan perlunya untuk memulihara sumber.

Para peserta tinjauan tersebut diberikan empat soalan dan diminta memberi pandangan mengenai cara-cara bagaimana untuk mengurangkan sisa serta mengitar semula secara betul di rumah.

Menurut MEWR, 85 peratus dalam kalangan responden itu berusia bawah 45 tahun.

MEWR juga dalam proses melakukan rundingan bersama pihak-pihak berkepentingan yang lain seperti syarikat, pertubuhan bukan pemerintah serta institusi kajian dan pendidikan bagi pelan induk tersebut. Tahun lalu sahaja, ia sudah berunding dengan lebih 250 syarikat.

Pelan Induk Sifar Sisa akan dikeluarkan lewat tahun ini.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan