Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hampir 90% mahu aturan kerja dari rumah: tinjauan IPS

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Apr 2022 06:07PM Dikemas Kini : 25 Apr 2022 09:09PM

SINGAPURA: Hampir 90 peratus daripada mereka yang kini bekerja dari rumah merasakan aturan bekerja dari rumah dan fleksibel perlu menjadi norma baru bagi tempat kerja.

Dapatan itu didedahkan satu tinjauan oleh Institut Pengajian Dasar (IPS) Universiti Nasional Singapura (NUS).

Tinjauan dijalankan IPS mendedahkan lebih ramai wanita berbanding lelaki yang merasakan aturan bekerja dari rumah dan fleksibel adalah cara bekerja seterusnya.

Ini khususnya bagi golongan wanita yang mempunyai tanggungan seperti perlu menjaga anggota keluarga.

Bagi golongan yang mempunyai tanggungan, 28 peratus responden yang mempunyai anak merasakan bekerja dari rumah pada kebanyakan hari perlu menjadi norma baru.

Hanya 22 peratus pula yang mempunyai warga emas di rumah berpendapat yang sama.

Namun begitu, norma baru yang diharapkan ini membawa cabaran tersendiri seperti kesukaran berhenti melakukan tugasan selepas waktu bekerja dan kekurangan interaksi sosial dengan rakan-rakan kerja.

Mereka juga mendapati sukar untuk memupuk sikap saling percaya dengan majikan.

Tinjauan itu bagaimanapun mendapati para majikan dapat terus mengekalkan tenaga manusia jika terdapat aturan kerja yang fleksibel.

Awal bulan ini, 42 peratus mengatakan mereka akan mempertimbangkan pilihan mencari pekerjaan baru jika majikan memerlukan mereka kembali ke pejabat pada kebanyakan hari.

Jumlah itu lebih tinggi berbanding 37 peratus yang dicatat pada permulaan tahun ini.

Lantaran itu, para pengkaji menyarankan perlu ada lebih banyak komunikasi antara majikan dengan pekerja agar dasar-dasar boleh disesuaikan kepada keperluan kakitangan.

Mereka menambah makna sebuah ruang pejabat perlu difikirkan semula dan tidak boleh kembali pada tempoh prapandemik.

Sumber : CNA/RU/kf

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa