Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hampir 80,000 orang sertai sambutan Hari Kebangsaan di Hab Tampines Kita

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) bagi menyambut ulang tahun ke-58 Singapura kembali diadakan pada skala besar tahun ini di Padang.

Namun bagi yang tidak dapat ke Padang, mereka berkesempatan untuk menyertai sambutan NDP dan pertunjukan bunga api di lima kawasan kejiranan di Bedok, Jurong, Toa Payoh, Woodlands dan Tampines.

Di Hab Tampines Kita (OTH), hampir 80,000 orang hadir untuk sama-sama meraikan ulang tahun negara.

Sambutan di situ juga diadakan bersempena dengan ulang tahun OTH yang keenam.

Pelbagai acara menarik seperti karnival untuk seisi keluarga dan sebuah konsert khas yang menampilkan artis-artis popular seperti Dick Lee, Aisyah Aziz dan Shabir diadakan.

Layar besar turut disediakan untuk mereka uang ingin mengikuti siaran langsung Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) di Padang.

Ramai yang datang bersama keluarga besar mereka dan lengkap berpakaian merah dan putih.

Antaranya ialah Cik Nurul Hidayah Sarifi dan keluarganya yang datang awal.

"Kesemua 13 anggota keluarga (saya) ke sini untuk menyambut hari lahir Singapura bersama-sama, terutama (untuk menyaksikan) bunga api untuk budak-budak. Kami di sini daripada pukul 12 tengah hari," kata Cik Nurul, yang sebenarnya tinggal di kawasan Woodlands.

Bagi Cik Nur Aisyah Jamaludeen pula, beliau mengambil peluang itu untuk meluangkan masa bersama keluarganya yang seramai lima orang.

"Anak-anak pun dapat rasa kemeriahan pada Hari Kebangsaan Singapura walaupun tidak dapat hadir di Padang," ujarnya.

Kemuncak sambutan OTH adalah pertunjukan bunga api yang berlangsung selama enam minit.
 
Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan