Hampir 80 pelajar pengajian tinggi sertai 3 sesi rangkaian YOUth@M³ tahun ini
Lebih 40 pelajar IHL, karyawan, ibu bapa, dan sukarelawan mengambil bahagian dalam Sesi Rangkaian YOUth@M3 ketiga pada 2 Sep 2023 di Kelab Masyarakat Marsiling. (Gambar: Yayasan MENDAKI)
Sesi terbaharu anjuran Yayasan MENDAKI itu diadakan pada Sabtu (2 Sep) di Kelab Masyarakat Marsiling.
YOUth@M³ merupakan satu inisiatif yang melibatkan kolaborasi antara MENDAKI, MUIS dan MESRA, yang bermatlamat untuk mendampingi para pelajar dan siswa Muslim daripada IHL dan ibu bapa mereka di kesemua M³@Bandar.
Matlamat teras program tersebut adalah antara lain untuk memantapkan peranan M³ sebagai rakan kongsi utama dalam perjalanan pembangunan pelajar, di samping melibatkan para ibu bapa dalam menggalak lebih banyak sokongan kepada pendidikan anak-anak mereka.
Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Tenaga Manusia, Zaqy Mohamad, yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Yayasan MENDAKI menghoskan acara tersebut pada Sabtu (2 Sep).
Semasa sesi memperluaskan jaringan rangkaian itu, para pelajar turut berpeluang untuk mendapatkan pandangan dan nasihat berguna dalam melangkah ke fasa kehidupan mereka seterusnya daripada karyawan-karyawan termasuk Cik Bella Khaja dan Encik Adam Abdur Rahman, yang berperanan sebagai 'pustaka insani'.
Di samping itu, sesi tersebut turut menyediakan platform untuk para peserta membina rangkaian masing-masing.
Sebanyak 10 lagi sesi sedemikian dijadual diadakan tahun ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.