Hampir 720,000 pencarum CPF ada wang dalam Akaun Khas yang boleh dikeluarkan: Tan See Leng
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Hampir 720,000 pencarum Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mempunyai wang dalam Akaun Khas (SA) yang boleh dikeluarkan, dengan baki mediannya kira-kira S$2,000.
Mereka merupakan pencarum CPF yang mungkin mengalami kerugian apabila Akaun Khas mereka ditutup, kata Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng pada Isnin (4 Mac).
Berucap di Parlimen untuk membentangkan rancangan kementeriannya tahun ini, Dr Tan menafikan bahawa pemerintah bertujuan untuk menjimatkan bayaran faedah kepada pencarum dengan menutup Akaun Khas tahun depan, bagi mereka yang berusia 55 tahun dan ke atas.
"Ia adalah soal prinsip ... ia bukan bukan untuk menjimatkan kos bagi pemerintah," katanya.
Langkah tersebut diumumkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Lawrence Wong ketika membentangkan Belanjawan 2024. Ia menerima reaksi hebat online, dengan ramai yang mempersoalkan kenapa perlu dilaksanakan tahun depan.
Sebahagian daripada mereka juga mengeluh kadar faedah Akaun Biasa (OA) yang rendah, atau terbatasnya Akaun Persaraan (RA).
Pada Isnin, Dr Tan mengulangi bahawa simpanan yang boleh dikeluarkan tidak sepatutnya meraih kadar faedah tinggi.
Menjawab cadangan Anggota Parlimen (AP) Foo Mee Har (PAP-West Coast) untuk membenarkan pencarum sedia ada yang berusia lebih 55 tahun untuk membiarkan Akaun Khas mereka dibuka, Dr Tan berkata ia akan mencetuskan jurang antara generasi.
Warga lebih tua Singapura katanya akan meraih manfaat, manakala tidak begitu bagi generasi lebih muda.
Mereka yang terjejas dengan penutupan Akaun Khas CPF juga secara amnya merupakan golongan berpendapatan tinggi.
Dr Tan berkata hanya 8,400 pencarum, yang membentuk kurang daripada 1 peratus pencarum berusia 55 dan ke atas, tidak akan dapat memindahkan simpanan mereka sepenuhnya ke Akaun Persaraan.
Lebih 99 peratus pencarum tambahnya masih boleh menikmati kadar faedah lebih tinggi buat satu jangka panjang.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.