Hampir 70,000 penduduk SG sudah mendaftar bagi SG Lebih Sihat sejak dilancar pada 5 Jul
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Hampir 70,000 orang telahpun mendaftar bagi program kesihatan terbaru Singapura, sejak pendaftaran rasmi bermula 5 Julai lalu.
Menteri Kesihatan Ong Ye Kung memberikan kemas kini tersebut di luar acara pameran bergerak pertama SG Lebih Sihat siang tadi (8 Jul) di Taman Bishan-Ang Mo Kio.
Tambah Encik Ong, MOH berharap dapat menarik penyertaan lebih 2 juta penduduk yang berusia 40 tahun ke atas dalam tempoh dua tahun akan datang.
"Kita baru langkah pertama bagi satu perjalanan yang panjang. Ini saya katakan kerana ia satu peralihan utama tentang bagaimana kita melihat penjagaan kesihatan. Perubahan terpenting, kita tidak lagi tertumpu kepada merawat bila sudah sakit. Apa yang kita lakukan adalah memberikan sokongan kepada para individu untuk menjaga kesihatan sendiri," kata Encik Ong.
Encik Ong turut disertai Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Sabtu (8 Jul).
Menurut MOH, sekitar 4,000 orang mendaftar setiap hari sejak pendaftaran rasmi dibuka.
Jumlah itu dijangka bertambah apabila 16 lagi pameran bergerak dianjurkan di merata Singapura menjelang November.
Para penduduk boleh ikut serta dalam pelbagai acara, termasuk program senaman serta ceramah kesihatan.
SG Lebih Sihat turut disokong pelbagai agensi yang berkongsi matlamat serupa - menggalakkan para penduduk Singapura mendakapi gaya hidup yang lebih sihat.
Ini termasuk program 'Active Health' di bawah naungan SportsSG.
"Di Active Health Lab, jurulatih Active Health akan menjalankan saringan pra-penyertaan atau 'pre-participation screening' untuk mendapatkan maklumat kesihatan menyeluruh. Individu yang telah selesai menjalani pra-penilaian akan dibimbing selama enam minggu.
"Dengan menyertai program Active Health kami dapat membimbing warga emas untuk lebih aktif menyertai sukan yang sesuai dan lebih cenderung untuk mengikuti kelas-kelas kesihatan dan program untuk mengatasi penyakit kronik mereka," ujar Encik Mohd Shamir Nair Mohd Nazim, jurulatih program 'Active Health'.

Sumber : CNA/IQ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.