Hampir 7,000 orang beri idea bagi pelan penggunaan tanah pemerintah
Lebih 6,800 orang sudah menawarkan idea-idea sedang pemerintah meneliti semula pelan penggunaan tanah untuk 50 tahun akan datang dan seterusnya.
SINGAPURA: Lebih 6,800 orang sudah menawarkan idea-idea sedang pemerintah meneliti semula pelan penggunaan tanah untuk 50 tahun akan datang dan seterusnya.
Mereka mengambil bahagian dalam tinjauan dan bengkel yang dianjurkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) sejak Julai lalu.
Untuk melanjutkan perbincangan itu, URA menganjurkan pameran tentang kenderaan berautonomi iaitu salah satu trend baru muncul bagi keupayaan bergerak.
Pameran itu juga bertujuan mendidik orang awam tentang beberapa kemungkinan. Misalnya, bas-bas berautonomi sepenuhnya yang lebih andal boleh membantu mengurangkan trafik dengan kurangnya lorong di jalan raya. Ini boleh membuka ruang bagi struktur-struktur seperti laluan yang dikongsi.
Para pengunjung juga boleh berkongsi pandangan mereka di pameran itu yang berakhir pada Mac depan.
Pengumpulan maklum balas selama setahun tentang landskap masa depan bandar ini akan berakhir pada Jun nanti.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.