Hampir 70 penuntut di Toa Payoh Central terima Anugerah Edusave
Seramai 69 penuntut yang menetap di Toa Payoh Central menerima Anugerah Edusave bagi Politeknik dan Nitec Lanjutan serta Anugerah Biasiswa CDC-CCC hari ini (3 Dis).
SINGAPURA: Seramai 69 penuntut yang menetap di Toa Payoh Central menerima Anugerah Edusave bagi Politeknik dan Nitec Lanjutan serta Anugerah Biasiswa CDC-CCC hari ini (3 Dis).
Anugerah Edusave itu diberikan kepada para penuntut yang menduduki senarai 25 peratus teratas dan menunjukkan keupayaan mereka memanfaatkan kemahiran-kemahiran khusus mengikut kursus mereka di sekolah.
"Berdasarkan apa yang sudah saya pelajari dan minat saya dalam bidang kejuruteraan, saya sedang menimbangkan untuk meneruskan pembelajaran ke universiti dan bekerja dalam bidang elektronik. Cita-cita saya adalah untuk menjadi sebahagian daripada pasukan penyenggaraan pesawat di bawah SIA Engineering Company," kata salah seorang penerima anugerah Edusave, Zulhafiz Zulkifli.
Berbeza dengan majlis-majlis anugerah yang sebelumnya, yang diadakan di pusat-pusat masyarakat, Menteri Pertahanan yang juga Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh, Dr Ng Eng Hen menyampaikan anugerah tersebut di Lido Cineplex.
Di sana para penduduk dihiburkan dengan tayangan filem Ah Boys to Men 4.
Menyedari bahawa sebahagian besar penerima anugerah sedang menjalani perkhidmatan negara, Dr Ng berkata acara ini adalah peluang terbaik untuk mengiktiraf usaha-usaha anggota NS.
Beliau menambah respons sepanjang tahun dari peringkat bawah sempena meraikan ulang tahun ke-50 perkhidmatan negara juga memberangsangkan.
"Hakikat kita berdepan ancaman pengganasan dan cabaran-cabaran keselamatan yang lain, pada saya menunjukkan bahawa Singapura perlu dipertahankan oleh rakyat biasa Singapura yang menjalani perkhidmatan negara serta yang dibawah Pertahanan Mutlak, para majikan dan anggota keluarga," kata Dr Ng.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.