Skip to main content

Singapura

Hampir 70% klinik keluarga sertai SG Lebih Sihat, kata Ong Ye Kung

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 14 Apr 2023 08:06PM Dikemas Kini : 15 Apr 2023 02:30AM
SINGAPURA: Dua daripada setiap tiga klinik jagaan asas yang dijangka menjadi sebahagian daripada pembaharuan sistem jagaan kesihatan Singapura, sudahpun menyertai skim itu.

Di bawah skim SG Lebih Sihat, para penduduk akan berdaftar dengan klinik doktor keluarga sepanjang hayat.

Ia akan memainkan peranan penting dalam menyediakan pelan kesihatan mereka dan rawatan pencegahan.

Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan pihaknya sedang secara aktif mendampingi doktor untuk menangani isu-isu yang timbul, menjelang pelancaran skim itu pada Julai ini.

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata: "Saya berpendapat bahawa satu atau dua tahun mendatang
akan menjadi tahun-tahun penting bagi perjalanan peralihan jagaan kesihatan kita.

"SG Lebih Sihat akan berjalan lancar, sistem sokongan bagi penuaan dalam masyarakat akan mula terbentuk dan kita perlu memikirkan bagaimana sistem ini akan bergerak dengan mengadakan sistem disiplin yang betul serta pemerkasaan."

Strategi itu digerakkan oleh tiga kelompok jagaan kesihatan awam Singapura.

Satu daripadanya ialah Kumpulan Jagaan Kesihatan Nasional (NHG), yang sudah melancarkan sebuah pusat sehenti yang menawarkan lebih 450 program kesihatan dan jagaan sosial.

Wadah itu membolehkan para penduduk mendaftar bagi pelbagai kegiatan seperti kelas senaman dan kesejahteraan serta bimbingan pemakanan.

Semuanya menerusi penyedia yang sama.

Ini memudahkan lagi orang ramai untuk bersikap lebih bertanggungjawab ke atas kesihatan masing-masing.
Sumber : CNA/AI/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita