Hampir 650 peserta jayakan acara kemuncak Minggu Membaca MENDAKI
Hampir 650 peserta menjayakan acara kemuncak Minggu Membaca anjuran Yayasan MENDAKI di Taman Warisan Melayu (TWM) pada Sabtu malam (9 Okt), menurut badan bantu diri itu dalam satu kenyataan media hari ini (10 Okt).

(Gambar: Mendaki)
SINGAPURA: Hampir 650 peserta menjayakan acara kemuncak Minggu Membaca anjuran Yayasan MENDAKI di Taman Warisan Melayu (TWM) pada Sabtu malam (9 Okt), menurut badan bantu diri itu dalam satu kenyataan media hari ini (10 Okt).
Acara 'Reading Under the Stars' kembali dianjurkan tahun ini secara maya selama satu jam, sebagai sebahagian daripada Bulan Raikan Ilmu yang mengajak masyarakat terus mempertingkatkan diri demi memperbaiki mutu kehidupan mereka.
Diadakan di TWM, acara turut diserikan dengan persembahan oleh Sri Warisan dan Stagestruck.
Dalam ucapannya Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim menggesa ibu bapa supaya memanfaatkan peluang yang ada untuk meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak mereka dan melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan pertumbuhan mereka.
"Kajian menunjukkan zaman kanak-kanak memainkan peranan penting dalam perkembangan fizikal, kognitif dan sosial kanak-kanak.
"Membaca dengan anak anda merupakan satu contoh bagaimana satu aktiviti yang mudah bukan hanya dapat membina keupayaan bahasa, daya kreatif dan emosi - tetapi juga mengukuhkan hubungan keluarga.
"Aktivit-aktiviti ini bukan sahaja memupuk perkembangan anak-anak kita, ia juga bantu mencetuskan minat mereka dalam pembelajaran dan menghidupkan imaginasi mereka," kata Dr Faishal.
Selain acara 'Reading Under the Stars', pelbagai lagi kegiatan diadakan dari 4 Oktober hingga 10 Oktober.
Antaranya termasuk 'Bercerita Dengan Boneka Jari', 'Bercerita Dengan Wayang Kulit' dan bengkel-bengkel bercerita bagi ibu bapa.
"Kami berbesar hati kerana aktiviti-aktiviti ini boleh diikut sama peserta dari rumah menerusi pelbagai pendekatan online.
"Akan datang, kami akan mengadakan Pesta Pembelajaran yang menampilkan pelbagai aktiviti dan pendampingan online oleh MENDAKi serta rakan kongsi kami.
"Kami berharap setiap orang, terutama sekali pelajar dan golongan belia kami akan merebut peluang untuk memanfaatkan pelbagai laluan pembelajaran yang ada untuk membina dan mengecapi aspirasi mereka," kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MENDAKI, Zuraidah Abdullah.
Meski Minggu Membaca sudah menutup tirai, program sempena Raikan Ilmu masih berlangsung sepanjang bulan Oktober ini.
Orang ramai boleh menyertai acara seperti Pesta Pembelajaran, Pameran Kerjaya dan Kemahiran JUMP serta dialog anjuran bersama MENDAKI-IPS Policy sempena kemuncak Bulan Raikan Ilmu.
Lebih banyak maklumat boleh diperolehi di www.raikanilmu.sg
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.