Hampir 600,000 token TraceTogether dikembalikan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Agensi Teknologi Pemerintah Singapura)
SINGAPURA: Hampir 600,000 token TraceTogether dipulangkan dalam satu gerakan yang berakhir pada Ahad (12 Mac), menurut Menteri Perhubungan dan Penerangan (MCI) Josephine Teo pada Isnin.
Dalam satu catatan di platform LinkedIn, Cik Teo berkata token yang dikembalikan itu "berguna jika pengesanan kontak secara digital diperlukan pada masa depan".
Pejabat Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGO) menyatakan pada permulaan 2021, bahawa lebih 2.6 juta token sudah diambil ketika itu.
Bulan lalu, Pemerintah menyatakan orang ramai boleh memadamkan aplikasi TraceTogether di telefon bimbit mereka serta memulangkan token TraceTogether di kelab masyarakat serata negara.
SNDGO menyatakan token yang dipulangkan akan dihantar untuk "dibaik pulih dan dikitar semula".
Kementerian Kesihatan (MOH) juga menyatakan ketika itu bahawa amat berguna untuk memastikan kedua-dua sistem TraceTogether dan SafeEntry "siap diaktifkan semula" seandainya berlaku penyebaran varian baru yang lebih berbahaya.
Dalam catatannya itu, Cik Teo menulis: "Apabila Singapura melancarkan agihan besar-besaran token TraceTogether (TT) pada September 2020, hanya segelintir daripada kita yang dapat jangkakan berapa lama kita akan membawa token ini bersama kita."
Beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka yang "berusaha" mencari token itu dan memulangkannya.
Cik Teo juga menambah bahawa mereka yang masih belum berbuat demikian boleh meletakkan alat tersebut di mana-mana tong sampah e-sisa di merata Singapura.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.