Hampir 6,700 pekerjaan, peluang latihan tersedia dalam sektor jagaan kesihatan: MOM
Sekitar 6,700 jawatan kosong tersedia dalam sektor jagaan kesihatan dengan hampir 5,500 jawatan pekerjaan dan peluang latihan lain. Ini menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam laporan mingguan situasi pekerjaan yang diterbitkan pada Khamis (10 Dis).
SINGAPURA: Sekitar 6,700 jawatan kosong tersedia dalam sektor jagaan kesihatan dengan hampir 5,500 jawatan pekerjaan dan peluang latihan lain. Ini menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam laporan mingguan situasi pekerjaan yang diterbitkan pada Khamis (10 Dis).
Menurut MOM, pekerjaan-pekerjaan yang ditawarkan sesuai untuk lulusan baru dan pemohon pertengahan kerjaya, dengan latar belakang jagaan kesihatan atau tidak.
Kebanyakan jawatan kosong iaitu sebanyak 75 peratus adalah jawatan jangka panjang.
Sebanyak 70 peratus daripada jawatan jangka panjang itu adalah dalam bidang sokongan jagaan kesihatan dan peranan sokongan pentadbiran seperti penolong jagaan kesihatan, penolong ahli terapi dan rakan khidmat pesakit.
Jawatan-jawatan lain yang ditawarkan adalah bagi peranan karyawan dan eksekutif seperti jururawat, karyawan kesihatan bersekutu serta eksekutif kewangan dan sumber manusia.
Perangkaan tersebut dicatatkan sehingga hujung November.
Antara April dengan hujung November, hampir 8,340 pemohon kerja berjaya mendapat pekerjaan, ditempatkan dalam skim latihan dianjurkan syarikat dan latihan industri, serta mengikuti kursus latihan dalam sektor jagaan kesihatan, menurut MOM.
Kebanyakan daripada mereka ditawarkan pekerjaan dan 71 peratus daripada jawatan-jawatan itu adalah untuk jangka lebih pendek.
Ini termasuk para pengendali dan penolong ujian swab untuk menyokong operasi berkaitan COVID-19 serta duta jagaan dan pelayan pesakit di institusi jagaan kesihatan awam dan pertubuhan jagaan masyarakat.
"Sektor jagaan kesihatan Singapura diiktiraf di peringkat antarabangsa bagi khidmat bermutu, infrastruktur dan dasar-dasarnya yang baik," menurut MOM dalam laporan pekerjaan itu.
Ia mengambil perhatian bahawa sistem jagaan kesihatan disokong oleh tenaga kerja seramai 100,000 orang dalam sektor awam dan swasta.
Daripada 5,500 pekerjaan yang tersedia, lebih 80 peratus ditawarkan oleh kelompok jagaan kesihatan awam seperti Kumpulan Jagaan Kesihatan Nasional, serta pertubuhan jagaan masyarakat seperti Hospital Ren Ci, menurut MOM. Jawatan kosong selainnya ditawarkan oleh pertubuhan swasta.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.