Hampir 50,000 isi rumah terima geran perumahan S$1.56 bilion sejak 2019, kata HDB
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebanyak 49,500 isi rumah menerima geran perumahan berjumlah S$1.56 bilion sejak empat tahun lalu.
Lebih sepertiga daripada mereka menerimanya tahun lalu.
Geran tersebut membantu pembeli rumah kali pertama membeli flat pada harga lebih rendah, bagi flat Bina Ikut Tempahan (BTO) ataupun flat jualan semula.
Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menyatakan jumlah geran yang diagihkan meningkat 25 peratus pada tahun lalu berbanding tahun 2020.
Ini sedang lebih ramai pembeli rumah layak mendapatkan geran dan lebih banyak flat dijual.
HDB menambah, pembeli flat menggunakan kurang suku daripada pendapatan bulanan mereka untuk membayar gadai janji flat masing-masing.

Sumber : CNA/DY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.