Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hampir 500 syarikat tersenarai bursa S'pura serah laporan kemampanan tahun lalu

 Hampir 500 syarikat tersenarai di bursa negara ini sudah menyerahkan laporan kemampanan tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Dec 2019 05:46PM Dikemas Kini : 04 Dec 2019 09:38PM

SINGAPURA: Hampir 500 syarikat tersenarai di bursa negara ini sudah menyerahkan laporan kemampanan tahun lalu.

80% daripada mereka melakukannya buat pertama kali, selepas SGX mewajibkan semua syarikat tersenarai dengannya menyerahkan laporan kemampanan tahunan pada 2016 untuk menggalak ketelusan bagi usaha sedemikian.

SGX dan Pusat Tadbir Urus, Institusi dan Pertubuhan (CGIO) menyatakan sektor hartanah, jagaan kesihatan dan khidmat komunikasi menghasilkan laporan terbaik dalam satu hasil tinjauan yang dibentangkan hari ini (4 Dis).

Tinjauan itu menggariskan bagaimana SGX-CGIO menilai laporan-laporan yang diserahkan. 

Misalnya, dua pihak itu meninjau sejauh manakah syarikat-syarikat mengambil kira faktor-faktor sekitaran, sosial dan tadbir urus. 

Kebanyakan syarikat dikatakan menyebut tentang faktor-faktor seperti kod etika, daya tenaga dan prestasi ekonomi. 

SGX-CGIO menarik perhatian, hanya 6.5% syarikat menyifatkan perubahan iklim sebagai faktor penting. 

Pihak mereka berharap, lebih banyak syarikat akan mengambil langkah yang sama.

SGX dan CGIO menegaskan, penyerahan laporan itu merupakan langkah pertama bagi menggalak amalan-amalan bertanggungjawab dan mampan dalam sektor perniagaan.  

Sumber : CNA/AQ/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa