Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hampir 50% kontinjen Team Singapore bakal buat penampilan sulung dalam Sukan SEA Kemboja

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Hampir separuh daripada kontinjen Singapura yang terdiri daripada 558 anggota akan membuat penampilan sulung dalam Sukan SEA Kemboja yang bakal diadakan pada bulan depan.

Ia adalah kontinjen ketiga terbesar Singapura yang dihantar ke temasya sukan itu sejak 2017 dan 2019.

Ketua Kontinjennya berkata Singapura memanfaatkan acara itu untuk memupuk bakat para atlit muda sedang negara ini membuat persiapan untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA pada 2029.

"Kami cuba menggalakkan seramai mungkin atlit muda. Terdapat beberapa sukan tertentu, acara sukan bola sepak bagi wanita dan beberapa acara sukan baru yang akan ditampilkan. Kami sedang membangunkan sebuah pasukan yang sangat berwibawa menjelang Sukan SEA 2029. Banyak tumpuan kini diberikan kepada usaha membangunkan para atlit muda dan pada masa yang sama para atlit dewasa kita yang memainkan peranan penting dalam membimbing mereka agar tahu arah tujuan mereka," kata Dr Hing Siong Chen, Chef de Mission, Sukan SEA ke-32.

Singapura akan diwakili dalam 30 acara sukan di Sukan SEA Kemboja.

Atlit gimnastik Terry Tay diumumkan sebagai pembawa bendera Singapura.

Ini kali kelima beliau bertanding dalam Sukan SEA.

Atlit Boccia Toh Sze Ning pula akan mengibarkan bendera negara bagi Sukan Para ASEAN pada Jun depan.

Beliau akan disertai oleh 25 para atlit lain yang memburu pingat emas dalam enam acara sukan.

Sukan SEA Kemboja adalah temasya sukan kedua diadakan di Asia Tenggara dalam tempoh dua tahun sejak pandemik COVID-19 melanda.

"Tuntutan tambahan ke atas mereka semua tetapi mereka telah menyahut cabaran, mereka kekal berdaya tahan, berlatih bersungguh-sungguh dan juga bersaing di luar negara. Kami juga menyokong mereka dengan menyediakan biasiswa SPEX baru-baru ini tetapi juga secara holistik dan memastikan mereka banyak bersaing sedang mereka membuat persiapan bagi Sukan SEA," ujar Encik Edwin Tong, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia.

Sekumpulan atlit Team Singapore juga telah mengambil bahagian dalam majlis larian obor yang bermula di Kemboja pada bulan lalu.

Obor itu akan merentasi rantau ini sebelum majlis perasmian Sukan SEA ke-32 itu.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan