Skip to main content

Singapura

Hampir 50% isi rumah S'pura tidak akan terjejas oleh kenaikan harga elektrik

Hampir 50 peratus isi rumah Singapura tidak akan terjejas oleh kenaikan harga elektrik.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 14 Oct 2020 06:52PM Dikemas Kini : 14 Oct 2020 08:56PM

SINGAPURA: Hampir 50 peratus isi rumah Singapura tidak akan terjejas oleh kenaikan harga elektrik.

Menurut Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan Tan See Leng, ini kerana mereka sudah bertukar kepada pembekal elektrik di pasaran terbuka.

Dr Tan berkata demikian sebagai menjawab keprihatinan tentang tarif elektrik lebih tinggi bagi suku keempat.

Menurut Dr Tan, kenaikan harga itu selaras dengan peningkatan harga minyak global.
Beliau menarik perhatian, tarif elektrik pada dua suku sebelum ini adalah yang paling rendah sejak 2018.

Dr Tan menjelaskan lagi, Singapore Power tidak meraih manfaat secara langsung menyusuli kenaikan tarif elektrik.

Menteri Negara Kanan Pengangkutan dan Ehwal Luar Chee Hong Tat turut memberi pencerahan, sebaliknya syarikat-syarikat janakuasa elektrik yang mendapat keuntungan.

Sebagai sebuah syarikat yang menyalurkan kuasa elektrik kepada syarikat-syarikat janakuasa, SP Group mendapat pulangan bagi prasarana yang disediakannya.

Ia juga dikawal selia oleh Penguasa Pasaran Tenaga.

Sumber : CNA/ZM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita