Hampir 4,000 orang ditangkap miliki atau guna vape, naik 52% daripada suku sebelumnya
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: iStock)
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Sebanyak 3,840 orang ditangkap dan didenda kerana memiliki dan menggunakan vape antara 1 Jul dengan 30 Sep, naik daripada 2,530 pada suku sebelumnya atau 52 peratus lebih banyak.
Daripada jumlah itu juga, sekitar 800 merupakan para pelajar yang dirujuk oleh sekolah-sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IHL).
Pihak berkuasa sedang meningkatkan usaha untuk membanteras isu vape.
Penguasa Sains Kesihatan (HSA) memantau secara aktif kandungan online untuk mengenal pasti mereka yang menggunakan vape di tempat awam atau memuat naik gambar dan video mereka melakukan demikian di wadah online.
Lima orang berusia antara 13 hingga 34 tahun, didenda kerana perbuatan tersebut.
HSA juga meningkatkan usaha penguatkuasaan di acara-acara besar,seperti semasa perlumbaan Formula 1 di mana kira-kira 200 orang didenda.
Operasi bersama juga diadakan di pusat-pusat pemeriksaan udara, darat dan laut.
Daripada lebih 4,000 pengunjung yang diperiksa, 16 daripada mereka ditangkap.
Di Singapura, mereka yang memiliki, menggunakan atau membeli vape boleh dikenakan denda maksimum S$2,000.
Mereka yang ditangkap mengimport, mengagihkan atau menjual vape buat kali pertama pula boleh didenda sehingga S$10,000 atau dipenjara selama enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/HK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.