Skip to main content

Singapura

Hampir 400 penduduk Taman Jurong sertai latihan gangguan bekalan air

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Feb 2024 06:10PM Dikemas Kini : 26 Feb 2024 11:35PM
SINGAPURA: Selepas hampir 30 tahun, para penduduk dapat mengambil bahagian dalam simulasi gangguan bekalan air sebagai sebahagian latihan untuk meningkatkan kesediaan rakyat Singapura menghadapi krisis dan gangguan.

Selama dua jam pada Isnin (26 Feb) pagi, sekitar 200 keluarga di Taman Jurong mengalami gangguan bekalan air, di mana mereka perlu mengambil air dari stesen-stesen yang disediakan agensi air negara PUB.

Hampir 400 penduduk mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut, dengan kebanyakannya buat kali pertama.

Lebih 150 kanak-kanak dari prasekolah berdekatan juga turut serta.

"Kami terima maklum balas yang baik dari penduduk kerana ramai daripada mereka pernah mengalami gangguan bekalan air, mungkin semasa mereka kecil dulu," kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu.

"Saya rasa penting bagi kami untuk melibatkan sama kanak-kanak kerana mereka hidup aman dan harmoni sepanjang hidup mereka. Penting juga bagi kami untuk menyebarkan mesej dan meningkatkan kesedaran mereka," tambahnya.

Sebanyak 21 pasar dan pusat makanan di merata Singapura, termasuk di Taman Jurong, ditutup untuk melakukan simulasi gangguan bekalan makanan.

Penduduk dan peruncit sudah dimaklumkan lebih awal lagi sebelum latihan dijalankan.

Kedua-dua simulasi gangguan bekalan makanan dan air itu dilakukan sempena memperingati Hari Pertahanan Mutlak ke-40.
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita