Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hampir 400 kes individu, keluarga berisiko dirujuk kepada M³ oleh agensi lain tahun ini

Kumpulan pertama Lingkaran Kecemerlangan Keluarga (FEC) anjuran M³ bagi tahun ini, selesai menjalankan program masing-masing hari ini (19 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kumpulan pertama Lingkaran Kecemerlangan Keluarga (FEC) anjuran M³ bagi tahun ini, selesai menjalankan program masing-masing hari ini (19 Dis).

Kumpulan itu dilakarkan khas di bawah Bidang Tumpuan Kedua (FA2) M³ bagi waris kanak-kanak dari keluarga yang ibu bapanya sedang berada dalam penjara. Ia pertama kali diadakan pada 2019 dan sudah memanfaatkan 30 keluarga sejauh ini.

Menerusi sesi-sesi kumpulan FEC, para peserta diberikan wadah untuk berinteraksi secara terbuka, meraih kekuatan, dorongan dan mencapai aspirasi untuk masa hadapan.

KUMPULAN FEC SEDIAKAN RUANG SELAMAT BAGI PESERTA DAPATKAN SOKONGAN

"Kita memerlukan satu wadah di mana ia sesuai bagi ahli keluarga ini untuk mengambil bahagian secara terbuka dan ia juga adalah ruang yang selamat bagi mereka untuk berkongsi tentang apa yang mereka hadapi dan sokongan yang mereka perlukan.

"Kalau kita tidak ada satu ruang yang selamat, saya khuatir mungkin mereka tidak akan tampil ke hadapan, mungkin mereka akan rasa malu, segan dan kami tidak mahu ini semua menjadi tabir untuk mereka mendapatkan sokongan," kata Menteri Negara Kementerian Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara Dr Faishal, yang menyertai acara penutup kumpulan pertama itu.

Sesi kumpulan FEC juga menggunakan pendekatan terapi naratif "Tree of Life" bagi membimbing para peserta untuk melakukan renungan dan mendapatkan sokongan dalam kehidupan mereka.

"Jadi kita memerlukan bilangan yang tak begitu besar supaya kita boleh mendapatkan penghayatan dan juga mereka ada peluang untuk mengadakan refleksi, memikirkan bagaimana hala tuju dalam kehidupan mereka," ujar Dr Faishal.

RANCANG WUJUDKAN RANGKAIAN DALAM KALANGAN BADAN-BADAN MELAYU/ISLAM

Pada 2020, Mendaki menerima hampir 400 rujukan kes dari enam agensi termasuk FITRAH, di mana 201 didampingi dan diberikan bantuan.

91 peratus daripada rujukan itu pula melibatkan kaum wanita dengan sebilangan besar merupakan pasangan kepada anggota keluarga banduan.

"Di mana kita ada program seperti FA2, FITRAH dan juga program-program yang disediakan oleh badan-badan Melayu/Islam yang lain di mana kita dapat melihat bagaimana mereka semua bekerja keras untuk memberi sokongan," kongsi Dr Faishal.

Justeru memandang ke hadapan, M³ merancang untuk membangunkan rangkaian di kalangan badan-badan Melayu/Islam bagi mempertingkatkan sokongan untuk golongan atau individu yang berisiko dalam Bidang Tumpuan Kedua M³.

"Ini supaya mereka boleh meningkatkan lagi kerjasama dan mereka juga tahu di kalangan mereka siapa yang memberi sokongan tertentu jadi kita akan membangunkan satu rangkaian, bagi badan-badan dan juga ahli sukarelawan dalam FA2 untuk menyokong golongan atau individu yang berisiko," kata Dr Faishal. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan