Skip to main content

Singapura

Hampir 40% pelajar universiti alami keganasan seksual berasaskan teknologi: Kajian

Hampir 40 peratus daripada sekitar 3,000 responden dalam satu kajian mengaku, pernah mengalami bentuk keganasan seksual yang memanfaatkan teknologi.
Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 23 Feb 2026 09:58PM Dikemas Kini : 20 Mar 2026 10:11PM
SINGAPURA: Hampir 40 peratus daripada sekitar 3,000 responden dalam satu kajian mengaku, pernah mengalami bentuk keganasan seksual yang memanfaatkan teknologi.

Angka itu adalah lebih tinggi daripada yang dilaporkan dalam kajian sebelum ini, seperti yang pernah dilakukan kumpulan advokasi AWARE dan SG Her Empowerment (SHE).

Projek penyelidikan bebas tersebut memberi tumpuan khusus kepada pelajar universiti.

Ketua Penyelidiknya mendedahkan, meskipun kesedaran kian meningkat, trend-trend baharu yang membimbangkan terus timbul.

"Apa yang merisaukan, saya rasa, ialah contoh seperti 'deep fake', kerana ia muncul secara tiba-tiba.

"Meskipun kita kini lebih tahu tentang 'deep fake', namun apakah trend selanjutnya yang akan timbul? Jadi kita tidak tahu sehingga ia merebak, dan pada ketika itu, bahayanya sudah memberi kesan.

"Jadi bagi saya, itulah mungkin yang paling membimbangkan," kata Penolong Profesor, Jabatan Komunikasi & Media Baharu, Universiti Nasional Singapura (NUS), Michelle Ho.

Di simposium anjuran Dr Ho, para pendidik dan penyelidik bergabung untuk membincangkan tahap kesedaran dan masalah berhubung bahaya seksual online.

Berucap di acara itu, Menteri Negara Penerangan dan Pembangunan Digital Rahayu Mahzam berkata, masyarakat perlu bersatu untuk menangani risiko di alam siber.

Suruhanjaya Keselamatan Online baharu dijangka ditubuhkan pada separuh pertama tahun ini.

"Mengamalkan tabiat digital sihat bermakna, kita perlu mengiktiraf pentingnya sokongan keluarga dan rakan-rakan, dan mengambil langkah secara aktif untuk melibatkan ahli keluarga serta kawan-kawan kita menerusi perbualan harian tentang pengalaman digital mereka.

"Ini menyediakan asas bagi kita untuk menyokong mereka apabila mereka berdepan dengan cabaran online," kata Cik Rahayu.
Sumber : CNA/QA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita