Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hampir 40 kedai mohon geran anjur acara masyarakat di Marine Parade sejak Mac

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 Sep 2024 09:53PM Dikemas Kini : 21 Sep 2024 11:45PM

SINGAPURA: Sebanyak 40 perniagaan di kawasan perumahan awam memohon untuk menganjurkan acara masyarakat untuk menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan perumahan awam, sekali gus meningkatkan perbelanjaan pelanggan.

Usaha tersebut dilancarkan di bawah geran pemerintah pada Mac lalu, untuk membiayai idea yang membuat kawasan perumahan awam lebih meriah.

Marine Parade merupakan kawasan ketiga selepas Gombak dan Tampines, untuk mempamerkan aktiviti dibiayai Geran Pewujudan Tempat Perusahaan di Kawasan Perumahan Awam.

Salah satu perniagaan yang memanfaatkan geran itu adalah Quan Shui Wet Market.

Kedai tersebut biasanya dijalankan secara online, dengan geran itu, ia membantu membayar bahan-bahan pemasaran seperti sepanduk yang dipasang di kedai 'pop-up' miliknya.

Setiap projek yang diluluskan boleh terdiri daripada pasar masyarakat dan festival muzik, dengan dana dengan pembiayaan sehingga S$10,000.

Inisiatif tersebut diharapkan dapat menggalakkan perniagaan mencadangkan idea kreatif untuk menarik lebih ramai orang ke kawasan perumahan awam.

"Ia sangat membantu kerana ia kali pertama jenama kami dipasarkan di kawasan Timur," kata Pengurus Besar Quan Shui Market, Neo Jun He.


"Kami boleh menarik lebih ramai rakyat Singapura, pelancong di sini ke Marine Parade. Sudah tentu, apabila Enterprise SG dan HDB meluaskan inisiatif ini ke kawasan lain, lebih ramai orang akan datang dan mengetahui tentang usaha ini, dan mereka akan sering melawat pusat membeli-belah di kawasan perumahan awam," kata Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan Dr Tan See Leng.

"Pusat membeli-belah di kawasan perumahan awam juga akan meningkatkan perbelanjaan mereka, sama ada dari segi pendigitalan, pemasaran, pembungkusan, untuk menganjurkan aktiviti baharu, memperbaharui diri mereka dan pendedahan kepada orang ramai yang lebih luas," tambah Dr Tan.

Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan