Hampir 4 juta botol, tin minuman dikumpul melalui inisiatif kitar semula mesin layan sendiri
Hampir empat juta botol plastik dan tin minuman terpakai dikumpulkan dalam masa lebih setahun menerusi 50 mesin layan sendiri atau "vending machine" kitar semula merata Singapura sejak Oktober 2019.
(Gambar: NEA)
SINGAPURA: Hampir empat juta botol plastik dan tin minuman terpakai dikumpulkan dalam masa lebih setahun menerusi 50 mesin layan sendiri atau "vending machine" kitar semula merata Singapura sejak Oktober 2019.
Ini bermakna setiap mesin mengumpulkan purata 200 bekas terpakai setiap hari.
Jumlah itu sekitar empat kali ganda berbanding percubaan yang dijalankan pada 2018 melibatkan tiga mesin sedemikian.
Inisiatif kitar semula itu memberi ganjaran kepada pengguna dalam bentuk baucar dan potongan harga.
Namun, satu daripada lima pengguna memilih untuk tidak mengambil ganjaran yang diberikan.
Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menyifatkannya sebagai satu petanda bahawa orang ramai kini lebih sedar tentang usaha menjaga alam sekitar.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.