Skip to main content

Singapura

Hampir 36,000 guru, pendidik bersekutu MOE akan terima kenaikan gaji sehingga 9% mulai 1 Okt

Mulai 1 Oktober, kira-kira 36,000 guru dan pendidik akan menerima kenaikan gaji bulanan antara dua hingga sembilan peratus, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Isnin (16 Mac).
Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 16 Mar 2026 02:37PM Dikemas Kini : 08 Apr 2026 11:53PM
  • Kementerian Pendidikan Singapura mengumumkan kenaikan gaji bulanan antara dua hingga sembilan peratus untuk kira-kira 36,000 guru dan pendidik.
  • Kenaikan ini melibatkan pegawai pendidikan, pendidik bersekutu dan pendidik Tadika MOE, bermula 1 Oktober.
  • Langkah ini bertujuan memastikan pakej gaji kekal berdaya saing serta menarik dan mengekalkan pendidik yang berkualiti.
  • MOE turut menyediakan peluang pembelajaran dan pembangunan kerjaya untuk para pegawai sepanjang kerjaya mereka.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Mulai 1 Oktober, kira-kira 36,000 guru dan pendidik akan menerima kenaikan gaji bulanan antara dua hingga sembilan peratus, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Isnin (16 Mac).

Langkah itu bertujuan memastikan pakej gaji keseluruhan mereka kekal berdaya saing, selain membolehkan kementerian tersebut untuk “terus menarik dan mengekalkan pendidik yang baik”, kata MOE dalam satu kenyataan media.

Kenaikan gaji tersebut akan diberikan kepada kira-kira 33,000 pegawai pendidikan, 1,700 pendidik bersekutu dan 1,100 pendidik Tadika MOE.

Gaji bagi pegawai pendidikan, pendidik bersekutu dan pendidik Tadika MOE kali terakhir disemak pada 2022.

“Guru merupakan teras sistem pendidikan kita,” kata MOE.

“Selain pelarasan gaji, MOE akan terus menyediakan peluang bagi para pegawai kami untuk belajar dan berkembang sepanjang kerjaya mereka.”
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita