Hampir 300 orang disiasat terlibat kes-kes penipuan, mangsa hilang lebih S$9 juta
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Hampir 300 orang sedang disiasat atas peranan mereka dalam kes-kes penipuan yang dipercayai menyebabkan para mangsa hilang lebih S$9 juta.
Suspek termuda berusia 16 tahun, sementara yang paling tua berusia 73 tahun.
Kesemua mereka dipercayai terbabit sebagai penipu atau keldai wang.
Mereka kini disiasat menyusuli satu operasi polis yang dijalankan selama dua minggu di merata negara.
Suspek-suspek itu dipercayai terbabit dengan lebih 1,400 kes penipuan, termasuk penipuan pelaburan, penipuan e-dagang dan penipuan pekerjaan.
Polis juga memberkas sekumpulan sembilan orang, yang dipercayai memberi sokongan teknikal kepada operasi penipuan.
Sejak Januari tahun ini, sekurang-kurangnya 78 kes penipuan dilaporkan, dengan jumlah kerugian mencapai sekurang-kurangnya S$6.7 juta.

Sumber : CNA/IA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.