Skip to main content

Singapura

Hampir 300 ditahan dalam operasi anti tailong

Hampir 300 orang ditangkap dalam operasi anti pinjaman wang tanpa lesen selama dua minggu, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Selasa (8 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir 300 ditahan dalam operasi anti tailong

(Gambar hiasan)

Diterbitkan : 08 Sep 2020 09:05PM Dikemas Kini : 08 Sep 2020 09:12PM

SINGAPURA: Hampir 300 orang ditangkap dalam operasi anti pinjaman wang tanpa lesen selama dua minggu, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Selasa (8 Sep).

Polis menahan 207 lelaki dan 66 wanita, berusia antara 16 dengan 70 tahun, yang disyaki terlibat dalam kegiatan pinjaman wang haram, menurut kenyataan media SPF.

Semasa operasi yang dilakukan antara 24 Ogos hingga 6 Sep, pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan tujuh divisyen darat polis secara serentak menyerbu beberapa lokasi di merata negara.

"Siasatan awal menunjukkan bahawa 67 suspek dipercayai uruskan pinjaman atau ‘runner’ yang menolong tailong dalam perniagaan mereka dengan melakukan pemindahan wang ATM dan mengutip hutang secara langsung.

"Tujuh suspek dipercayai menjalankan tugas mengugut dan menggangu dengan menyimbah cat dan menconteng grafiti berkaitan dengan tailong di dinding," kata SPF.

"Lagi 199 suspek dipercayai telah membuka akaun bank dan memberikan kad ATM dan Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) mereka kepada tailong untuk memudahkan perniagaan pinjaman wang tanpa lesen mereka," tambah pihak berkuasa.

Siasatan terhadap semua suspek sedang dijalankan.

Kesalahan kali pertama kerana menjalankan atau membantu dalam kegiatan memberi pinjaman wang tanpa lesen boleh dikenakan denda antara S$30,000 sehingga S$300,000, penjara sehingga empat tahun dan sehingga enam sebatan.

Di bawah Akta Peminjam Wang (Edisi Semakan 2010), mana-mana pemegang akaun dianggap telah membantu dalam pemberian pinjaman wang tanpa lesen apabila akaun bank atau kad ATM mereka digunakan untuk memudahkan urus niaga tersebut.

Pesalah kali pertama yang didapati bertindak bagi pihak tailong, melakukan atau cuba sebarang tindakan gangguan boleh dipenjara sehingga lima tahun, didenda S$5,000 hingga S$50,000, dan hukuman sebat antara tiga hingga enam sebatan.

"Polis akan terus mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas terhadap mereka yang terlibat dalam perniagaan pinjaman wang tanpa lesen, tanpa mengira peranan mereka, dan mereka akan menghadapi tindakan undang-undang yang berat.

"Ini termasuk mengambil tindakan terhadap mereka yang membuka atau memberikan akaun bank mereka untuk membantu pemberi pinjaman wang tidak berlesen," kata SPF.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita