Hampir 30% warga emas SG tidak ada pelan persaraan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Gaya Chandramohan/CNA)
SINGAPURA: Hampir 30 peratus penduduk negara ini yang berusia 50-an dan awal 60-an tahun, tidak mempunyai pelan persaraan.
Satu tinjauan baharu oleh pusat kajian penuaan tempatan juga menunjukkan golongan berusia 74 tahun dan ke atas, lebih mungkin hidup sendirian.
Ia menyebabkan golongan itu berasa lebih terasing.
Bagi menangani isu-isu sedemikian, pusat tersebut telah membuat saranan-saranan dasar.
Antaranya, melibatkan mereka dalam lebih banyak kegiatan sosial.
Projek perumahan juga boleh dirancang sebegitu rupa bagi menyokong kegiatan-kegiatan yang mengeratkan hubungan para penduduk.
Selain itu pemerintah diminta menggubal dasar-dasar yang menggalak kerja sambilan dan aturan kerja fleksibel bagi warga emas yang mahu terus bekerja.
Ada juga keperluan untuk mengajar golongan tersebut bagi membuat perancangan kewangan untuk persaraan dengan lebih baik, tidak setakat terhad kepada insurans.
Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata tahap kesihatan warga Singapura bergantung kepada dasar negara.
"Kami tidak mempunyai kawasan alam semula jadi yang luas unutk menggalakkan aktiviti luar.
"Rentak kehidupan kita pantas dan tertekan. Ini bermakna kami sedar kami tidak mempunyai tradisi gaya hidup sihat atau budaya gaya hidup sihat," kata Encik Ong.
"Tetapi kami galak orang ramai untuk mengamalkan tabiat kesihatan yang lebih baik melalui dasar dan kemudian lama-kelamaan ia berubah menjadi norma dan cara hidup baharu."

Sumber : CNA/MU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.