Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hampir 3,000 karton rokok seludup dirampas; 4 diberkas susuli serbuan di Yishun

Hampir 3,000 karton rokok yang tidak dibayar cukai dirampas menyusuli satu operasi yang dilancarkan ke atas sebuah tempat letak kenderaan berat di Yishun, dedah Kastam Singapura pada Rabu (23 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir 3,000 karton rokok seludup dirampas; 4 diberkas susuli serbuan di Yishun

Rokok-rokok yang tidak dibayar cukai disembunyikan dalam papan-papan besi. (Gambar-gambar: ICA)

Diterbitkan : 23 Jun 2021 05:41PM Dikemas Kini : 23 Jun 2021 05:44PM

SINGAPURA: Hampir 3,000 karton rokok yang tidak dibayar cukai dirampas menyusuli satu operasi yang dilancarkan ke atas sebuah tempat letak kenderaan berat di Yishun, dedah Kastam Singapura pada Rabu (23 Jun).

Empat lelaki rakyat Singapura berusia antara 21 hingga 49 tahun diberkas.

Menurut Kastam Singapura, ia menjalankan operasi tersebut pada 18 Jun di sebuah tempat letak kenderaan berat di Yishun Avenue 7.

Dua trak yang berdaftar di Singapura dilihat diletakkan bersebelahan satu sama lain. Tiga lelaki pula dilihat memunggah kepingan logam panjang dari satu trak ke trak yang lain.

Seorang lagi lelaki kemudian turun dari salah sebuah trak dan menaiki trak yang satu lagi untuk mendekatkannya dengan trak pertama.

Kastam Singapura menyatakan para pegawainya kemudian bertindak untuk menyiasat dan menemui 2,982 karton rokok yang tidak dibayar cukai dengan sebilangan daripadanya masih lagi disembunyikan dalam kompartmen kargo bagi salah sebuah trak.

Kedua-dua trak, 2,982 karton rokok yang tidak dibayar cukai dan empat lelaki diberkas menyusuli operasi tersebut.

Jumlah cukai dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang cuba dielakkan masing-masing bernilai sekitar S$254,660 dan S$20,430.

Prosiding mahkamah sedang dijalankan terhadap tiga lelaki manakala siasatan sedang dijalankan ke atas lelaki keempat.

Membeli, menjual, mengedar, menghantar, menyimpan, memiliki atau berurus niaga barangan yang tidak dibayar cukai adalah kesalahan yang serius di bawah Akta Kastam dan Akta GST.

Para pesalah boleh didenda sehingga 40 kali jumlah cukai dan GST yang cuba dielakkan dan/atau dihukum penjara sehingga enam tahun.

Kenderaan-kenderaan yang digunakan untuk melakukan kesalahan-kesalahan itu dan hasil penjualan rokok yang tidak dibayar cukai juga boleh dirampas, menurut Kastam Singapura.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan