Skip to main content

Singapura

Hampir 250,000 tinggalkan SG melalui pusat pemeriksaan Woodlands, Tuas pada 1 Jun

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir 250,000 tinggalkan SG melalui pusat pemeriksaan Woodlands, Tuas pada 1 Jun

(Gambar: One Motoring)

Diterbitkan : 02 Jun 2023 02:48PM Dikemas Kini : 02 Jun 2023 03:13PM
SINGAPURA: Hampir 250,000 orang meninggalkan Singapura melalui pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas pada Khamis (1 Jun), menjadikannya jumlah tertinggi sejak sempadan darat dengan Malaysia dibuka semula pada April 2022.

Ia merupakan trafik keluar harian tertinggi dicatatkan disebabkan cuti hujung minggu panjang Hari Vesak ditambah dengan cuti sekolah bulan Jun, kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan pada Jumaat (2 Jun).

Tambahnya terdapat aliran trafik yang teruk dari Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands menyebabkan barisan kenderaan melepasi Ekspreswe Seletar.

Kesesakan trafik dijangka kekal berlarutan di kedua- pusat pemeriksaan darat.

“Mereka yang ingin ke Malaysia atau masuk Singapura melalui pusat pemeriksaan darat menggunakan kereta atau bas dinasihatkan agar memperuntukkan masa menunggu tambahan bagi pelepasan imigresen," kata ICA.

Ia juga memohon pemahaman dan kerjasama pelawat untuk bersabar, mematuhi peraturan lalu lintas, menjaga disiplin lorong, dan bekerjasama dengan pegawai di lokasi apabila menggunakan pusat pemeriksaan darat.

ICA juga menasihatkan pengguna jalan raya menyemak keadaan trafik di halaman Facebooknya untuk mendapatkan kemas kini situasi trafik.

Semasa hujung minggu Good Friday pada April, hampir 1.4 juta pelawat melintasi pusat pemeriksaan darat.
Sumber : AGENCIES/SU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita