Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hampir 2,150 pelanggaran keselamatan kenderaan terbongkar Okt-Nov 2021

Hampir 2,150 pelanggaran keselamatan kenderaan di tempat kerja dicatatkan dalam tempoh dua bulan lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Dec 2021 06:42PM Dikemas Kini : 16 Dec 2021 10:04PM

SINGAPURA: Hampir 2,150 pelanggaran keselamatan kenderaan di tempat kerja dicatatkan dalam tempoh dua bulan lalu.

Ini menyusuli satu operasi penguatkuasaan di mana enam Perintah Henti Kerja dikeluarkan.

Pemeriksaan dijalankan di 730 tapak pekerjaan pelbagai industri termasuk industri pengangkutan dan penyimpanan, penghasilan dan pembinaan.

Kesalahan utama termasuk kegagalan menguruskan akses kepada kunci-kunci yang diperlukan untuk mengendalikan peralatan.

Ini termasuk kunci yang ditinggalkan dalam kenderaan perindustrian.

Beberapa syarikat juga didapati menyalahgunakan peralatan.

Satu lagi masalah utama yang timbul semasa pemeriksaan adalah kekurangan penyenggaraan peralatan yang betul.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyeru para majikan agar memainkan peranan kerana kemalangan kenderaan terus menjadi salah satu sebab utama di sebalik kemalangan yang membawa maut di tempat kerja.

Sumber : CNA/IA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan