Skip to main content

Singapura

Hampir 20,000 beg habuan diberi kepada golongan memerlukan sempena musim perayaan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 Feb 2026 10:10PM Dikemas Kini : 05 Mar 2026 01:07PM

SINGAPURA: Sempena musim Hari Raya dan juga Tahun Baharu Cina ini, hampir 20,000 beg habuan perayaan akan diagihkan kepada warga emas dan keluarga memerlukan di merata Singapura demi menceriakan sambutan mereka. 

Jumlah rekod seramai 3,000 sukarelawan daripada lebih 60 syarikat berganding bahu menyiapkan beg habuan tersebut sepanjang tiga hari sebagai sebahagian daripada acara "Seasons of Blessings" anjuran Dana Masyarakat. 

Bilangan sukarelawan yang menyertai acara kali ini bertambah lebih seganda berbanding tahun lalu. 

Presiden Tharman Shanmugaratnam sendiri hadir menyaksikan proses membungkus dan melancarkan pengagihan beg habuan itu. 

Setiap beg mengandungi pelbagai produk makanan dan keperluan asas untuk para penerima.
 

Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita