Hampir 2,000 tempat letak kereta HDB akan dipasang 3 tempat mengecas EV jelang 2025
Seorang pemilik mengecas kenderaan elektriknya di tempat letak kereta (Gambar: Ooi Boon Keong/TODAY)
SINGAPURA: Untuk menjadikan setiap bandar Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) “siap EV” menjelang 2025, hampir 2,000 tempat letak kereta HDB akan dilengkapi dengan sekurang-kurangnya tiga tempat mengecas.
Tempat-tempat mengecas ini "kebanyakannya akan menyediakan pengecasan berkuasa rendah semalaman" untuk memenuhi keperluan para pemilik kereta dan mengurangkan beban pada grid elektrik, kata Menteri Pengangkutan S Iswaran hari ini (8 Mac).
Semasa berucap dalam segmen berbilang kementerian mengenai Pelan Singapura Menghijau 2030 dalam Perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS), Encik Iswaran berkata lebih banyak tempat mengecas akan disediakan di mana terdapat permintaan dan kapasiti elektrik yang mencukupi.
Dalam kenyataan medianya, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) turut mendedahkan bahawa langkah itu adalah "langkah penting" untuk mencapai sasaran Singapura sebanyak 60,000 tempat mengecas kenderaan eletrik (EV) menjelang 2030.
Tender 'besar-besaran' untuk tempat letak kereta HDB akan dilancarkan pada separuh pertama tahun ini, tambah kenyataan tersebut.
Pelepasan karbon dari pengangkutan darat mencecah paras tertinggi iaitu 7.7 juta tan karbon dioksida (MtCO2e) pada 2016 - jauh mendahului garis masa 2030 yang ditetapkan di peringkat nasional, menurut LTA.
Oleh itu, Pemerintah menetapkan sasaran baru untuk mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 80 peratus daripada paras kemuncak pada 2016 menjelang tahun 2050.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.