Hampir 200 murid Darjah 1 penuh semangat mulakan hari pertama di Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seawal jam 6.30 pagi, murid-murid Darjah 1 Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah mula memasuki sekolah, masing-masing dengan senyuman dan semangat untuk hari pertama persekolahan.
Tahun ini, madrasah itu menerima kemasukan seramai 199 murid-murid Darjah 1.
Jumlah itu rata-rata sama seperti tahun-tahun sudah.
IBU BAPA HANTAR ANAK KE SEKOLAH AGAR ANAK-ANAK RASA SELESA
Keadaan kelihatan tenang dengan sistem yang diletakkan untuk melancarkan ketibaan para murid-murid yang menaiki van sekolah.
Sejurus sahaja mereka tiba di luar pintu sekolah, kakitangan madrasah akan membawa masuk murid-murid itu ke kawasan sekolah.

Malah, ada juga murid-murid Darjah 1 yang tiba bersama ibu bapa mereka.
Encik Mohamad Yazzid Mohd Jaffaf misalnya berkongsi bahawa anak beliau, Nur Husniyah Mohamad Yazzid, perlu bangun awal untuk bersiap ke sekolah.
Memandangkan mereka menetap di kawasan Pasir Ris, Encik Yazzid berkata: "Kami kejutkannya awal dan memberi nasihat yang positif supaya dia bersemangat untuk pergi ke sekolah. Jadi, pada pukul 5.20 pagi, beliau sudah bersedia."
Beliau menambah: "Sebelum ini, kakak-kakaknya juga pernah bersekolah di madrasah ini, dan seorang lagi kakaknya masih bersekolah di sini di peringkat Darjah 6. Oleh itu, kami menghantarnya ke sekolah ini juga bersama kakaknya."

Isteri Encik Yazzid pula akur bahawa masih ada perasaan bercampur-baur meskipun ini bukan kali pertama mengalami suasana menghantar anak-anak ke sekolah pada hari pertama Darjah 1.
Cik Huda Saukhad Ali Khan berkata: "Hari pertama persekolahan, sudah tentu sebagai ibu bapa perasaan kami bercampur-aduk. Ada rasa gembira kerana anak kami diberi rezeki untuk bersekolah di Madrasah Irsyad."
"Dalam masa yang sama, kami juga berasa risau kerana ini merupakan sekolah baharu, dengan persekitaran yang baharu, rakan-rakan yang baharu serta guru-guru yang baharu. Namun, kami yakin anak kami akan berada di bawah jagaan guru-guru yang baik," tambahnya lagi.
Nur Husniyah pula meluahkan rasa kegembiraannya untuk memulakan perjalanan di sekolah barunya.
"Saya gembira kerana ingin pergi ke sekolah dengan kakak saya," kata Husniyah.
GEMENTAR CAMPUR GEMBIRA HANTAR ANAK KE SEKOLAH PADA HARI PERTAMA
Seorang lagi ibu, Siti Norlilah Saini, turut mengongsikan perasaan gementarnya menghantar anaknya ke sekolah.
"Ada rasa gementar sikit tapi rasa gembira, bersyukur yang anak kita dapat melalui perjalanan baru di Madrasah Irsyad yang mereka menekankan nilai-nilai Islam dan juga pelajaran akademik," kata Cik Norlilah.
"Semoga dia dapat tahu lebih lanjut macam mana proses sekolah dan dia selesa dengan Madrasah Irsyad," tambahnya lagi.
Anaknya, Iris Husna Lim Xuanying pula berkata: "Saya rasa gembira untuk mula sekolah di Madrasah Irsyad."
"Saya ingin membuat kawan baharu, belajar al-Quran dan subjek-subjek baru di Madrasah Irsyad," kongsinya kepada wartawan Hidir Ezat.

Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah turut menetapkan sistem rakan pembimbing untuk memudahkan murid-murid Darjah 1 menyesuaikan diri di sekolah baharu.
Setiap murid Darjah 1 akan dipadankan dengan seorang murid Darjah 5 atau Darjah 6 selama dua minggu bermula hari ini (2 Jan).
Murid-murid Darjah 2 hingga Darjah 4 Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah akan memulakan penggal baharu mereka pada Isnin depan (5 Jan).

Sumber : BERITA Mediacorp/hd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.