Hampir 200 acara pencegahan denggi dianjurkan sejak pelancaran kempen nasional
Hampir 200 acara pencegahan denggi dianjurkan sejak pelancaran kempen nasional dua minggu lalu.
(Gambar: Edgar Su/Reuters)
SINGAPURA: Hampir 200 acara pencegahan denggi dianjurkan sejak pelancaran kempen nasional dua minggu lalu.
Pelancaran kempen cegah denggi itu dipercepatkan pada tahun ini dan setakat ini terdapat hampir 2,500 kes denggi.
Jumlah itu adalah lebih tiga kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Kempen itu dilancarkan sedang kemuncak musim denggi dijangka hampir tiba.
Salah satu kegiatan mendampingi masyarakat diadakan di Hong Kah North pagi tadi (21 Apr).
Anggota parlimen bagi kawasan itu Dr Amy Khor menyertai sekitar 70 relawan lain untuk melakukan lawatan rumah ke rumah.
Mereka mengedarkan risalah yang mengandungi nasihat tentang cara-cara mencegah denggi.
Ubat penghalau serangga juga diberikan kepada para penduduk.
"Berdasarkan sistem pemantauan 'gravitrap' Agensi Sekitaran Kebangsaan, jumlah nyamuk masih lagi tinggi. Kita juga sedang memasuki bulan-bulan yang panas, yang biasanya adalah kemuncak musim denggi. Lantaran itu, penting sekali untuk kita kekal berwaspada bagi mencegah denggi," kata Dr Amy Khor.
Para penduduk yang ditemui juga berkongsi bahawa mereka akan memainkan peranan untuk mengingatkan sesama penduduk agar lebih bertanggungjawab atas barangan mereka.
Kawasan Hong Kah North sudah melaporkan 17 kes denggi setakat tahun ini.
Jumlah itu adalah satu kenaikan berbanding hanya 14 kes pada tempoh yang sama tahun lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.