Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hampir 18kg heroin disita di Pusat Pemeriksaan Woodlands; rampasan dadah terbesar sejak 2001

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir 18kg heroin disita di Pusat Pemeriksaan Woodlands; rampasan dadah terbesar sejak 2001

(Gambar: Central Narcotics Bureau)

SINGAPURA: Hampir 18 kilogram heroin ditemui dalam sebuah kereta di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Tiga suspek diberkas di beberapa lokasi merata Singapura, menurut pihak berkuasa pada Jumaat (20 Mei).

Ini merupakan rampasan dadah terbesar sejak 2001 apabila para pegawai merampas 34.8 kilogram heroin ketika itu.

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Biro Narkotik Pusat (CNB) menyatakan dalam kenyataan media bersama bahawa para pegawai ICA menemui 17,704 gram heroin, 261 gram Ice dan 2 gram pil Ecstasy dalam sebuah kereta berdaftar Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

"Dadah yang dirampas dianggarkan bernilai hampir S$1,295,000 dan cukup untuk memuaskan ketagihan kira-kira 8,430 penyalah guna heroin dan 150 penyalah guna Ice selama seminggu," menurut pihak berkuasa.

Kereta itu memasuki laluan pelepasan imigresen di zon ketibaan pada petang 18 Mei dan dipilih untuk menjalani pemeriksaan rutin, di mana bungkusan dadah tersebut ditemui di dalam but kereta.

Para pegawai serta-merta menangkap pemandunya, warga Malaysia yang berusia 28 tahun.

Para pegawai CNB kemudian memberkas dua lagi lelaki warga Malaysia pada keesokan hari berdekatan Bedok North Street 1.

Kedua-dua lelaki itu disyaki adalah penerima bungkusan itu, menurut ICA dan CNB, sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan.

Sesiapa yang didapati bersalah kerana mengedar lebih daripada 15 gram heroin (diamorphine) atau 250 gram methamphetamine boleh dikenakan hukuman mati.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan