Hampir 17,000 pelajar raih manfaat pusat tuisyen kumpulan bantu diri
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Hampir 17,000 pelajar telah dibantu untuk mencapai prestasi akademik yang lebih baik daripada 205 pusat tuisyen yang ditubuhkan oleh kumpulan-kumpulan bantu diri.
Program Tuisyen Kolaboratif (CTF) itu dimulakan pada 2002 dengan kerjasama empat badan bantu diri terdiri daripada Yayasan MENDAKI, Majlis Bantuan Pembangunan Cina (CDAC), Persatuan Pembangunan India Singapura (SINDA) dan Persatuan Serani (EA).
Mereka menawarkan tuisyen berpatutan kepada kanak-kanak sekolah yang kurang bernasib baik, yang keluarga mereka mempunyai pendapatan per kapita kurang S$1,200.
Menteri Negara Kanan Kewangan merangkap Pemangku Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat
mengumumkannya di satu sesi pembelajaran untuk guru kumpulan bantu diri tersebut.
Acara yang diadakan buat julung kalinya itu bertujuan untuk menggalakkan peningkatan dan kerjasama berterusan dalam kalangan pendidik dan tutor.
Encik Chee, yang duduk dalam lembaga CDAC, berkata adalah penting untuk memastikan pelajar berkembang maju dalam persekitaran yang bergerak pantas.
"Pelajar kami datang dari pelbagai latar belakang dengan kekuatan, pengalaman, minat dan bakat yang berbeza. Antara mereka juga ada yang mungkin memerlukan sokongan tambahan untuk mengalami mobiliti sosial," kata Encik Chee.
"Justeru, peranan pendidik adalah sangat penting dan anda semua di sini hari ini, sebagai pendidik memainkan peranan yang sangat penting dalam mencapai keputusan itu," ujar beliau.

Sumber : CNA/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.