Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hampir 17,000 orang kunjungi Rumah Terbuka Istana sempena Deepavali

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Hampir 17,000 orang mengunjungi Rumah Terbuka Istana pada Isnin (24 Okt) sempena perayaan Deepavali.

Pelbagai kegiatan dan acara pertunjukan dianjurkan bagi orang ramai.

Alunan violin dan piano turut mengisi ruang Istana bagi menambah kemeriahan rumah terbuka itu.

Presiden Halimah dan suami hadir untuk beramah mesra dengan para pengunjung selain sama-sama menikmati sajian persembahan.

Di pekarangan Istana pula, pelbagai acara tarian turut dipersembahkan oleh pelajar-pelajar dari beberapa sekolah termasuk Sekolah Menengah Bowen, Punggol dan Clementi Town.

Presiden Halimah turut menyertai para pengunjung di bengkel membuat lilin Merlion.
Sumber : CNA/IQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan