Hampir 140 kes penderaan seksual kanak-kanak disiasat sejak 2020
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) menyiasat sekitar 140 kes berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak sejak 2020, iaitu apabila undang-undang baharu diperkenalkan bagi menangani jenayah seksual digital dengan lebih baik lagi.
Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) menytakan, rangka kerja undang-undang harus disesuaikan mengikut perubahan jenayah, khususnya dengan perkembangan teknologi.
Selain itu, masyarakat antarabangsa harus terus bekerjasama untuk membanteras jenayah terhadap kanak-kanak.
Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Sun Xueling mengumumkan demikian di bengkel mengenai proses temubual forensik kanak-kanak, yang dihadiri hampir 180 pegawai polis di sekitar rantau ini pada Isnin (16 Sep).
"Agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang di rantau ini perlu bekerjasama rapat bagi membanteras sindiket jenayah yang mengeksploitasi kanak-kanak," kata Cik Sun.
"Sama penting adalah rangka kerja undang-undang terhadap penghasilan, pengedaran dan pemilikan bahan penderaan seksual kanak-kanak.
"Kita harus memastikan bahawa mangsa dilindungi dan keadilan ditegakkan," tambahnya.

Sumber : CNA/NY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.