Skip to main content

Singapura

Hampir 120 syarikat dihukum kerana buang sisa cecair ke saluran pembetungan awam

Agensi air negara PUB menyatakan bahawa ia mendakwa hampir 120 syarikat sudah didakwa kerana melepaskan sisa cecair perindustrian dengan cara yang tidak mematuhi peraturan, sejak lima tahun lalu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir 120 syarikat dihukum kerana buang sisa cecair ke saluran pembetungan awam

Dr Amy Khor.

Diterbitkan : 06 Aug 2019 05:21PM Dikemas Kini : 06 Aug 2019 05:27PM

SINGAPURA: Agensi air negara PUB menyatakan bahawa ia mendakwa hampir 120 syarikat kerana melepaskan sisa cecair perindustrian dengan cara yang tidak mematuhi peraturan, sejak lima tahun lalu.

44 daripada syarikat yang didakwa itu merupakan pesalah berulang.

Menurut Menteri Negara Kanan Sekitaran dan Sumber Air, Dr Amy Khor, syarikat-syarikat yang melakukan kesalahan berulang kali akan diperiksa dengan lebih kerap, malahan mungkin diperiksa dua kali sebulan sekiranya perlu.

Malah ada di antara syarikat-syarikat itu mungkin perlu memasang pemantauan sistem pembetungan awam.

"Bagi beberapa pesalah berulang ini, kami juga akan bekerjasama rapat dengan mereka untuk memastikan bahawa insiden sedemikian tidak berlaku lagi, dan ia berlaku akibat beberapa sebab," jelas Dr Amy Khor.

Beliau turut menekankan bahawa sistem penguatkuasaan sudah dipertingkatkan dengan syarikat-syarikat yang didapati bersalah bukan sahaja boleh dikenakan denda sehingga S$50,000 atau S$100,000 jika pihaknya melepaskan cecair toksik yang berbahaya ke dalam pembetungan awam.

Malah, para individu yang bertanggungjawab boleh juga dijatuhi hukuman penjara atau kedua-duanya sekali. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita